Connect with us

Oh! Media

“Agama Itu Penting”, Tauke Cina Siap Buat Solat Hajat Setiap Tahun Untuk Syarikat

Oh! +

“Agama Itu Penting”, Tauke Cina Siap Buat Solat Hajat Setiap Tahun Untuk Syarikat

Viral di media sosial tentang satu video interview dari Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan dengan pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow. Kalau korang nak tahu, beliau berbangsa Cina, tapi layanannya terhadap pekerja Islam amat mengejutkan.

ADVERTISEMENT

Walaupun berbeza agama, tapi Gan Leong Piow amat mementingkan kewajipan pekerjanya untuk tunaikan solat. Bahkan, beliau siap sediakan ruang solat untuk lelaki dan wanita bagi memudahkan mereka untuk sembahyang bila masuk waktu. Dengan loghat Kelantannya yang memang betul-betul fasih, rasa suka sangat dengar uncle Gan berkongsi kisahnya.

Mempunyai lebih kurang 100 orang pekerja, uncle Gan beritahu yang beliau hanya ambil orang Melayu atau local sahaja, orang luar dia tak terima. Memandangkan semua pekerjanya beragama Islam, uncle Gan amat fleksibel dalam memberi ruang untuk mereka tunaikan solat. Ketika ditanya tentang sikap sesetengah boss yang complain dan tak izinkan pekerjanya solat, jawapan uncle Gan terus straight to the point je.

“Itu bodoh punya tauke. Tak boleh, tak boleh. Sembahyang paling mustahak so you kena pergi sembahyang.” – jawabnya.

Kongsinya juga, companynya setiap tahun akan buat solat hajat. Dia mengakui walaupun dia berbangsa Cina, tapi dia percaya yang agama merupakan perkara paling penting dalam hidup. Lagi-lagi bab solat. Tambah uncle Gan lagi, kalau kita hidup tanpa Tuhan, maknanya hidup kita tak bermakna apa-apa pun.

“Pergi tengok saya buat solat hajat untuk company, you tak percaya, kan? Every year, sembahyang hajat. Yes, why not?”

I am Chinese, but I believe on God.”

“Kalau kita hidup without God, we are nothing.” – antara ungkapan Gan Leong Piow.

Bukan itu je, uncle Gan juga sempat bagi nasihat tentang perkara paling penting dalam bekerja. Menurut beliau, pekerja perlu amanah dan jujur dalam bekerja kalau ingin berjaya. Bahkan sebagai majikan juga, mereka perlu sentiasa hormat dan hargai para pekerjanya. Sebagai sebuah syarikat juga, semua perlu bergerak seiring dan tidak saling menuding jari antara satu sama lain. One team, one way!

Fuh, jarang-jarang dapat kita jumpa orang yang macam ni. Tapi ohmedia percaya, masih ramai lagi majikan di luar sana yang ada juga sikap begini. Semoga kisah ini dapat jadi inspirasi buat orang lain untuk turut sama berjaya macam uncle Gan Leong Piow.

Kredit: Facebook UPKN

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas