Connect with us

Oh! Media

Saintis Wanita Malaysia Berjaya Tarik Perhatian Penonton Di TED Women Talk 2023 Dengan Pantun

Oh! Inspirasi

Saintis Wanita Malaysia Berjaya Tarik Perhatian Penonton Di TED Women Talk 2023 Dengan Pantun

Wah, tak sangka saintis wanita berjaya bawa nama Malaysia ke luar negara. Tahniah diucapkan buat Dr. Wan Faridah Akmal kerana telah dijemput ke rancangan terkemuka ini untuk berkongsikan pengalaman.

ADVERTISEMENT

BACA: Penoreh Getah Bergelar Jutawan Sekelip Mata

Menerusi video di aplikasi YouTube, dalam ucapan yang disampaikan oleh Dr. Wan juga tidak lupa untuk memasukkan unsur-unsur melayu.

Baginya, jemputan ke acara itu adalah satu penghargaan kerana diberikan peluang untuk berkongsi pengetahuan dan mesej kepada masyarakat.

Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya.

Ini adalah cahaya harapan. Kelip-kelip memerlukan bantuan dan pertolongan anda semua sebelum mereka berhenti berkelip.

Spesis kelip-kelip makin terancam

Dr Wan berkata dia mula meminati kelip-kelip ini sejak dari sekolah lagi dan banyak menghabiskan masa dengan melihat dan teroka serangga itu.

Walau bagaimanapun, kini populasi serangga ini makin berkurangan dan lampunya semakin malap disebabkan pembangunan pesat.

Sebagai satu usaha, dia telah membina satu pengkalan data komprehensif dan menilai status pemuliharaan serangga ini di dalam Red Data Book edisi ke-3 Singapura.

Bangganya lihat produk dari Malaysia. Semoga makin ramai yang ikut jejak Dr Wan ni untuk bangunkan negara kita.

Kredit: YouTube TED

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas