Connect with us

Oh! Media

Penoreh Getah Bergelar Jutawan Sekelip Mata

penoreh getah

Oh! Inspirasi

Penoreh Getah Bergelar Jutawan Sekelip Mata

Lepas ni ramailah mengaku saudara, hehe… Apapun tahniah diucapkan kepada Johni Satur, 57 tahun yang diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99 yang membawa pulang RM1,000,000.

ADVERTISEMENT

Johni yang juga merupakan seorang penoreh getah itu berkata dia membeli Sijil Simpanan Premium (SPP) BSN menggunakan duit KWSP pada tahun 2022.

Ingatkan skim penipuan…

Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah skim penipuan.

Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi salah seorang pemenang.

Johni turut sempat berkongsi pendapatannya sebagai penoreh getah yang hanya mengutip RM500 setiap bulan. Bapa kepada lima orang anak ini juga sudah lama mengimpikan untuk membina sebuah rumah baharu di tapak lain demi keselesaan keluarga.

Kami di Ohmedia juga tumpang gembira dengan kisah pakcik Johni ni. Semoga duit kemenangan itu digunakan sebaiknya dan untuk kita ni, aha boleh la mula menyimpan juga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas