Connect with us

Oh! Inspirasi

Pelajar Dikutuk Kerana Bantu Ibu Bapa Jual Ayam Goreng

Bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dan juga pekerja dalam satu masa. Bagi sesetengah mahasiswa melakukan kerja sambilan adalah satu perkara yang sudah biasa untuk mereka.

BACA : Dapat 9A SPM, Erysha Emyra Tangguh Masuk Universiti Sebab Nak Bekerja

IKLAN

Di aplikasi tiktok tular seorang pelajar di UiTM Puncak Alam, Selangor yang dikutuk kerana membantu ibu bapanya berniaga ayam goreng.

Yasmin Qamarina Hilmi, 21, telah mendapat komen negatif dari netizen ketika dia sedang membuat live di tiktok.

Kat Uitm bukan main pakai style, model sana sini padahal jual ayam je, komen seorang netizen.

@rinadg4f

bersyukur walaupun berniaga ayam since sekolah rendah smpai degree ni, ulang alik dari uitm balik rumah untuk tolong family, mybe awak takrasa apa yang saya rasa, awak nampak yang saya post melawa je kan tp awak tkthu apa yg saya lalui 😇, untuk awak yang ckp tu terima kasih la ye cakap mcm tu semoga awak maju jaya dari penjual ayam ni 😇🥰

♬ Džanum – aysheeXD Remix – KlaizeeXD

Apabila membaca komen tersebut, Yasmin langsung tidak melenting malah dia menitipkan doa buat netizen tersebut.

Untuk awak yang cakap tu terima kasihlah ya cakap macam itu, semoga awak maju jaya daripada penjual ayam ini.

Menurut mStar, Yasmin bersyukur kerana dapat membantu ibu bapanya mencari rezeki walaupun masih belajar, dia juga tidak malu dengan perkerjaannya itu.

Yasmin juga berkata ayahnya sudah menceburi dalam bidang perniagaan sejak tahun 2015. Ayahnya mula berniaga ayam di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah.

Tambah Yasmin dia mula membantu ibu bapanya sejak berumur 12 tahun sehingga sekarang.

Dalam sibuk membantu keluarganya Yasmin tetap ingin mengejar cita-citanya dan menghabiskan pengajian dalam jurusan Pengajian Pengurusan Teknologi Perniagaan.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas