Connect with us

Oh! Inspirasi

Majikan Lama Kejutkan Bekas Pekerja! Kongsi Duit Pampasan Tanah Kilang Ikut Tempoh Perkhidmatan

Tular di media sosial, seorang majikan di China berkongsi pampasan dengan 400 bekas pekerja walaupun kilangnya sudah ditutup selama 20 tahun. Wah memang terbaiklah ada tauke macam ni!

Menerusi laporan SCMP, kilang tersebut telah ditutup akibat keadaan ekonomi yang teruk dan dirobohkan pada 2018 untuk rancangan pengambilan tanah perbandaran di sana.

IKLAN

Susulan itu, bekas pengarah Kilang Injap AM Chongqing, Guo Chingzhi telah menerima 7.7 juta yuan (RM4.96 juta) sebagai pampasan untuk kilang yang dirobohkan.

Disebabkan misi menjejaki pekerja susah kerana kilang sudah lama ditutup, Guo gunakan macam-macam strategi untuk mencari semua bekas pekerjanya.

Katanya, dia sampai siarkan notis orang hilang selain daripada menghubungi pihak media.

Percaya setiap pekerja ada hak dapat sebahagian pampasan

Difahamkan Guo membuat keputusan untuk berkongsi duit yang diterima dengan semua bekas pekerja.

Selepas melakukan mesyuarat meluas, dia membahagikan pampasan kepada 2 bahagian iaitu 35 peratus untuk pekerja terdahulu dan 65 peratus untuk yang masih bekerja sebelum kilang ditutup.

BACA: Pekerja Setia Selama 12 Tahun Terima Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya Dari Majikan Cina

Lagi menarik, dia membahagikan pampasan tersebut berdasarkan tempoh masa pekerja berkhidmat di kilangnya.

Difahamkan dia berjaya mengesan 406 orang bekas pekerja dan seramai 371 individu telah berjaya menerima pampasan.

Jarang-jarang ada tauke macam ni yang sanggup kongsi duit yang dia terima dengan semua pekerja. Betul lah orang kata usaha tak akan mengkhianati hasil. Jomlah kita doa semua majikan macam ni lah ek. hehe.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas