Connect with us

Oh! Inspirasi

Hanya Ada RM3 Dalam Poket, Lelaki Cina Sebak Bangsa Lain Sanggup Tolong Isikan Minyak

Ini barulah satu Malaysia! Tular di Facebook, seorang lelaki Melayu menolong lelaki bangsa Cina yang tak cukup duit untuk isi minyak. Katanya lelaki tu sampai menangis sebab ada juga yang sudi membantunya.

BACA: Lelaki Tua Buka Baju Di Badan Beri Kepada Gelandangan Kesejukan Di Tepi Jalan

IKLAN

Lelaki yang dikenali sebagai Abu Hurairah Roslan Abu berkata dia sedang serabut memikirkan masalahnya ketika di pam petrol namun terdengar lelaki Cina hanya bayar RM3 untuk mengisi minyak keretanya.

Difahamkan lelaki itu panik selepas kadnya tidak boleh digunakan

Hai. Sorry. You tak cukup duit ke? Takpe. I tolong ok?

Terkejut dengan pertolongan itu, dia terus bertanya bagaimana Abu nak tolong dia.

Tak ada siapa mahu tolong

Lebih sedih lagi, lelaki Cina itu mendedahkan tiada siapa yang nak tolong sekarang ni walaupun dah minta bantuan kawan.

Hey. You kenapa isi penuh? Kenapa? Youuu…youuuu.

Saya tak percaya ni. You datang macam tu saja. Tolong macam tu. Bagi nombor you. I gaji I bayar. Sorry.

Katanya, lelaki itu terus menangis kerana tak percaya pertolongan datang ketika dia betul-betul memerlukan.

Rileks bro. Its ok for me. In Islam, we do this. We help any people. My God say this always.

Believe God. Always help you if you down.

Selepas itu, dia terus bertukar nombor dengan lelaki Cina berkenaan dan serabut dikepalanya terus hilang.

Betullah ek bila kita tolong orang yang tengah susah, Allah menjamin rezeki yang melimpah buat hambaNya. Semoga boleh menjadi asbab yang menolong kita untuk ke syurga

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas