Connect with us

Oh! Media

Belajar Di SBP ‘All Girls School’, Tapi Gadis Ini Tak Kekok Buat Kerja Pertukangan

Oh! +

Belajar Di SBP ‘All Girls School’, Tapi Gadis Ini Tak Kekok Buat Kerja Pertukangan

Siapa kata budak-budak sekarang semuanya pemalas dan manja, sampaikan nak buat benda asas pun tak nak. Nah! Ohmedia bawakan pada korang kisah seorang gadis yang baru berusia 14 tahun, tapi pandai dalam bidang pertukangan.

ADVERTISEMENT

Biasanya kita dengar tukang rumah ni lelaki, kan? Tapi, Mya Elzahraa dah buktikan yang orang perempuan pun ada kemahiran yang sama jugak. Kalau korang nak tahu, Mya tak ada masalah pun kalau nak pasang atau baiki bumbung rumah ataupun kerja asas pertukangan yang lain dengan baik dan kemas.

Kata Mya, dia memang minat dengan kerja ini sebab dah biasa tengok ayahnya buat sejak dia kecil. Walaupun dia perempuan, tapi dia tak pernah rasa malu ke, kekok ke, bahkan dia rasa seronok sangat bila dapat tolong ayahnya buat.

“Saya mula sebagai pembantu ayah. Mulanya hanya tolong hulur barang kerana agak susah untuk naik turun dari tempat tinggi. Lama-lama saya jadi seronok dan mula belajar buat kerja lain seperti membaiki bumbung, atap dan kerja-kerja pemeriksaan kebocoran.” – katanya.

Kalau korang nak tahu, Mya merupakan pelajar tingkatan satu di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Tahun lepas, Mya siap bantu ayahnya baiki peralatan asrama sekolah. Bagi Mya, itu kerja kacang je, tak susah pun. Fuh, memang betul-betul power lah!

“Saya pun tidak tahu apakah saya akan terus berkecimpung dalam bidang ini sebagai kontraktor atau apa, tetapi yang jelas saya memang sukakan kerja sebegini.” – tambahnya.

Ayahnya, Fairuz Mohamad turut akui yang Mya seorang yang cepat belajar dan ada kesungguhan yang tinggi. Bahkan kalau dulu dia hanya jadi pembantu, sekarang Mya dah up level jadi rakan kongsi. Sekarang, Mya banyak ambil upah dari Fairuz untuk buat kerja-kerja asas pertukangan lagi-lagi ketika musim cuti.

“Kalau bagi kerja bumbung, memang laju saja dia buat, malah kadang-kadang lebih teliti daripada saya dan kerjanya pun lebih kemas.” – kata Fairuz.

Sebagai seorang bapa, of course Fairuz nak kan anaknya supaya tetap dahulukan pelajaran dari pekerjaan ini. Tapi kalau Mya nak teruskan minat dalam bidang pembinaan satu hari nanti, Fairuz tak halang. Yelah, baik bagi dia chance untuk ceburi bidang yang dia minat. Tambah-tambah dah ada skill asas, confirm nanti boleh perform dengan baik.

Harapnya, cerita ini bolehlah jadi inspirasi pada anak muda lain. Dahlah sekolah pun sekolah semua perempuan, SBP pulak tu. Memang salute lah dekat adik Mya. Kami doakan semoga Mya terus maju jaya dalam apa juga bidang yang Mya ceburi. Mantap sis!

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas