Connect with us

Oh! Media

Dituduh Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Ebit Lew Ada Cara Sendiri Berdepan Kecaman

Oh! +

Dituduh Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Ebit Lew Ada Cara Sendiri Berdepan Kecaman

Betullah orang kata, baik mana pun kita, tetap akan ada orang yang tak suka. Macam tu juga dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Walaupun Ustaz Ebit dah turun padang, tolong orang sini sana, beliau pun tetap ada haters tau.

ADVERTISEMENT

Tiap kali beliau upload gambar atau video kebaikan yang beliau buat di social media, mesti ada juga yang komen Ustaz Ebit nak menunjuk-nunjuk dan merendahkan usahanya untuk bantu orang ramai. Ustaz Ebit akui, ada masa beliau rasa sedih juga bila dapat komen macam tu. Tapi beliau akan pujuk dan ingatkan dirinya yang pengorbanan Rasulullah jauh lebih besar.

“Orang buat macam-macam perkara kepada Rasulullah tetapi Baginda tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kerja-kerja dakwah. Jadi buat apa nak korbankan apa saya lakukan hanya kerana kata-kata negatif daripada segelintir masyarakat. Saya sentiasa memaafkan mereka ini dan terus fokus membuat kebaikan dan menolong orang di luar sana.” – katanya.

Tak mudah melatah, Ustaz Ebit lebih selesa untuk ambil pendekatan block individu yang mengecam sebab dia taknak individu tersebut dikecam pulak oleh orang lain yang sokong dirinya. Alahai, Ustaz Ebit boleh fikir lagi pasal orang tu. Bukan itu je, Ustaz Ebit juga selalu buat solat sunat Tahajud dan Dhuha selain berdoa kepada Allah untuk lapangkan hatinya. Ada masanya, Ustaz Ebit menangis dan mengadu dekat Allah bila rasa sedih, kadang-kadang sampai tertidur.

“Allah sahaja tempat saya mengadu untuk permudahkan apa yang ingin saya lakukan. Menangis mengadu kepada-Nya. InshaAllah selepas itu akan berasa lega dan lapang dada. Segala apa yang ingin kita lakukan selepas itu InshaAllah tiada masalah, dipermudahkan malah rasa lebih bersemangat.” – tambahnya.

Bukan apa, post apa yang beliau buat di social media sebenarnya adalah cara Ustaz Ebit untuk ajak orang lain sama-sama buat kebaikan. Bukannya sebab nak menunjuk. Bahkan dah memang terbukti, berapa ramai yang terinspirasi dengan Ustaz Ebit dan turut sama menyumbang bakti pada orang yang memerlukan.

Takpelah, Ustaz. Kita buat je apa yang kita rasa betul, sebab Allah je yang boleh tentukan kita ikhlas ke tak. Manusia yang mengata hanya tahu buat andaian je. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Pernah dengar juga Ustaz Ebit kata, semua kebaikan yang beliau buat, kalau memang ada pahala, semua ustaz nak sedekahkan pada arwah ibu. MashaAllah, semoga segala usaha ustaz dikira sebagai amal jariah di sisi Allah.

Kredit: mStar

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

30 Hari Paling Trending

To Top