Connect with us

Oh! Media

Dulu Duduk Alor Setar, Sekarang Jadi Datuk Bandar California

Oh! +

Dulu Duduk Alor Setar, Sekarang Jadi Datuk Bandar California

Wah! Ini betul-betul luar biasa! Korang tahu tak, seorang wanita yang ada susur-galur dari Malaysia telah dilantik sebagai datuk bandar di California, Amerika Syarikat (AS). Datuk bandar termuda pula tu!

ADVERTISEMENT

Jocelyn Yow yang baru je berusia 25 tahun sebenarnya merupakan anak pada pasangan imigran di AS. Ibunya orang Vietnam, ayahnya pula orang Malaysia tapi telah lanjutkan pengajian di AS pada 1980-an. Wah, kiranya Jocelyn ada mix jugalah.

Lebih kurang tahun 1996, Jocelyn dan ibu bapanya telah berpindah semula ke Malaysia sebab datuknya sakit kerana menghidap kanser. Lebih 10 tahun jugalah mereka menetap di Alor Star, Kedah. Waktu itulah Jocelyn telah belajar budaya dan warisan di Malaysia. Kata Jocelyn, dia bangga jadi seorang warga AS yang berdarah Malaysia, Vietnam dan Cina.

Sebelum dilantik jadi Datuk Bandar Eastvale iaitu sebuah bandar di wilayah Riverside, California, Jocelyn memang dah jadi datuk bandar sementara sejak tahun lepas. Bahkan, pada tahun 2018 pun Jocelyn telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale.

Kata Jocelyn, ibu bapanya memang selalu tekankan untuk dia berkhidmat kembali pada masyarakat. Tambah-tambah pula sekarang Jocelyn dah bergelar ibu pada bayi berusia 6 bulan, lagilah buat dia bersemangat untuk memberi semula pada masyarakat.

Wah, sikap macam ni lah yang perlu untuk kita contohi. Berkhidmat semula untuk negara dan masyarakat bukannya maksud kita kena masuk askar atau kem tentera. Kalau tak pegang jawatan besar, cukuplah sekadar kita buat kebaikan demi menjaga nama baik dan maruah negara kita.

Kredit: Berita Harian

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas