Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Agih Bantuan Kepada Orang Awam, Tiada Sesi Bergambar Raih Pujian Ramai

Oh! Inspirasi

Anggota Polis Agih Bantuan Kepada Orang Awam, Tiada Sesi Bergambar Raih Pujian Ramai

Kempen kibar bendera putih yang dijalankan rakyat pada waktu ini sangat membantu individu dan keluarga yang dalam kesusahan. Semakin banyak juga pihak yang tampil memberikan bantuan.

ADVERTISEMENT

Terbaru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut berkongsi satu video di Facebook rasminya menunjukkan anggota polis sedang mengagihkan bantuan kepada masyarakat.

Dalam video itu dapat dilihat bonet kereta peronda polis Honda Civic penuh dengan barang-barang makanan.

Polis juga menggunakan masa dan sumber yang ada untuk beri bantuan kepada masyarakat. Syabas saya ucapkan. Semoga diberkati saudara-saudari. – Tulis Najib.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah usaha yang dilakukan anggota polis dalam membantu orang awam tanpa sesi ambil gambar mahupun kejar publisiti semata-mata. Bantuan disampaikan secara ikhlas dan diharapkan agar lebih ramai yang tampil membantu mereka yang memerlukan.

Kredit: Facebook Najib Razak

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas