Connect with us

Oh! Media

Rai Ulang Tahun Ke-10, Ini 5 Dokumentari & Fotografi Warisan Tradisi Malaysia Hasil OPPO Wajib Tonton, Siap Ada Inovasi AI

OPPO Malaysia Through The Lens

Branded

Rai Ulang Tahun Ke-10, Ini 5 Dokumentari & Fotografi Warisan Tradisi Malaysia Hasil OPPO Wajib Tonton, Siap Ada Inovasi AI

Macam yang korang tahu, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan tradisi serta adat, hasil daripada masyarakat yang berbilang kaum. 

Daripada situ, macam-macam jenis warisan yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita daripada pakaian hinggalah makanan. Korang bayangkan kalau Malaysia ni tak berbilang kaum, mana nak dapat roti canai, nasi lemak dan char kuey teow betul tak?

Alang-alang tengah cakap tentang warisan dan tradisi masyarakat Malaysia ni, korang tahu tak OPPO hadir dengan dokumentari dan fotografi yang menceritakan tentang warisan dan tradisi masyarakat Malaysia?

Paling best, dalam setiap dokumentari dan fotografi ni juga diselitkan dengan teknologi AI generatif terkini tau! Kalau nak tahu, jom kami kongsikan.

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat, Ini 5 Dokumentari & Fotografi Warisan Malaysia Wajib Tonton Hasil Ciptaan OPPO!

Untuk pengetahuan, baru-baru ini OPPO telah mengumumkan matlamat mereka dalam meraikan budaya tempatan menerusi teknologi pengimejan inovatif dan kecerdasan buatan (AI) mudah alih menerusi kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens.

Kempen ini telah menjadi sebahagian daripada pertandingan fotografi Imagine IF bagi tahun ini dengan harapan dapat menyemarakkan semula tradisi dan warisan negara, supaya ia kekal segar dalam ingatan masyarakat Malaysia. 

Menurut Ketua Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Chin, beliau menekankan kepentingan budaya yang menghubungkan masa lalu dengan masa depan agar generasi muda hari ini mampu untuk menafsir serta menghayati warisan dengan mudah melalui teknologi termasuk AI. 

Monica Chin berkata, OPPO teruja menerima sokong daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) dalam menyampaikan cerita budaya Malaysia serta mengekalkannya untuk generasi akan datang. 

Katanya lagi, sebagai jenama yang percaya pada peranan teknologi dalam meningkatkan taraf kehidupan manusia, mereka teruja dalam menceritakan tentang budaya Malaysia melalui lensa dan perspektif imej mudah alih. 

Monica Chin menyatakan hasratnya agar dengan adanya inovasi AI yang hadir dalam OPPO, pengguna boleh membentuk semula pengalaman mereka dan melepaskan kreativiti tanpa had, menangkap detik-detik budaya ini melalui lensa.

Manakala, YB Fadhlina Sidek, selaku Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia berkata Malaysia berkongsi di pentas dunia tentang usaha-usaha memulihara dan memelihara pakaian tradisional dalam mendukung agenda UNESCO dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) semasa Persidangan Agung ke-42 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pada November 2023. 

Katanya lagi, dengan adanya inisiatif OPPO, mereka berharap agar dapat mempromosikan pelbagai seni tradisional dan warisan budaya milik Malaysia, dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia  mendukung inovasi-inovasi teknologi sebagai medium yang memelihara kepelbagaian budaya bagi generasi akan datang.

Manakala, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing berkata, “Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya amat berbangga bekerjasama dengan OPPO dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan menjadi sebahagian daripada kempen OPPO Malaysia Through the Lens. 

Katanya lagi, penggunaan teknologi OPPO serta inisiatif ini dapat dikongsikan kepada dunia tentang amalan dan sejarah budaya yang lebih mendalam dan melalui kerjasama ini juga dapat memaparkan kekayaan budaya Malaysia serta mencapai misi negara untuk meraikan dan memulihara warisan budaya. 

Korang mesti dah tak sabar nak tahu apakah 5 dokumentari dan fotografi yang dihasilkan oleh OPPO betul tak? 

OPPO akan memperkenalkan seni Wayang Kulit, di mana tok dalang, Pak Dain dan artis gabungan Wayang Kulit yang terkenal, Tin Toy bergabung dalam memelihara tradisi budaya yang kian pudar menerusi persembahan Wayang Kulit. 

Ia bertujuan untuk beri tumpuan kepada usaha pasangan ini serta usaha kreatif dalam memastikan warisan ini kekal sebagai salah satu bentuk seni terbesar di negara kita. 

Klik sini untuk menonton video:https://youtu.be/APhIu0nvb_M 

Yang kedua, OPPO menerokai seni tarian Ngajat iaitu simbol warisan warga Sarawak, yang dibincangkan melalui mata Dion Das Louis, yang bertanggungjawab mempelajari seni ini untuk memperluaskan budaya tarian Ngajat kepada generasi seterusnya.

Klik sini untuk menonton video:https://youtu.be/I5DMs05AFQ0


Bukan itu saja, korang pernah dengar tak tentang seni Magagung? Haa, kalau tak pernah, OPPO tampil mengetengahkan seni Magagung yang ditunjukkan melalui cahaya berbeza dalam filem dokumentari pemeliharaan budaya purba. 

Klik sini untuk menonton video:https://www.youtube.com/watch?v=Hhqj3XOjjRQ 

Menariknya, filem dokumentari seterusnya sedang dipamerkan oleh sekumpulan lelaki muda Kadazan yang berusaha dalam perjalanan mereka mengekalkan upacara dan amalan tradisional, menghubungkan warisan mereka di tengah-tengah alam semula jadi. Bestnya!


Siapa yang selalu pergi bandaraya Melaka, tipulah kalau korang tak pernah dengar tentang tradisi lama Dondang Sayang yang berkembang dalam empat komuniti berbeza iaitu Melayu, Baba Nyonya, Chitty, dan Portugis kan?

Dalam siri dokumentari keempat ini, OPPO akan mengeksplorasi gabungan antara muzik, lagu, dan puisi yang mencerminkan semangat perpaduan dan kekayaan budaya dalam komuniti-komuniti ini. 

Untuk menutup siri dokumentari OPPO, mereka hadir dengan penerokaan warisan kaya Opera Cina dari Pulau Pinang yang kian berkembang sehingga ke hari ini, berkat usaha penyanyi berdedikasi, Ling Goh! Wow, seriuslah?!

Dokumentari ini akan menyelami dunia Opera Cina yang menarik, mengeksplorasi kepentingan budaya dan pemahaman lintas budaya, menekankan daya tarik yang kekal di Opera Cina serta maknanya dalam lanskap budaya Pulau Pinang. Terbaiklah macam ni!

Menerusi kesemua siri dokumentari dan fotografi ini, OPPO akan memelihara detik-detik ini melalui persembahan buku meja kopi yang akan dikeluarkan sempena bulan kebangsaan sebagai perayaan bentuk seni unik kita. Yeay, tak sabarnya!

OPPO Umum Pusat AI OPPO, Peneraju Teknologi Terkini Berkaitan AI

Alang-alang tu, kami nak kongsi satu berita yang korang patut tahu yang mana sempena menyambut ulang tahun ke-10, OPPO telah umumkan penubuhan Pusat AI OPPO! Wow!

Pusat AI OPPO telah dilancarkan pada suku pertama 2024 dan pada suku kedua nanti, siri OPPO Reno11 akan dilengkapi dengan keupayaan AI generatif termaju, termasuk fungsi OPPO AI Eraser banyak lagi. 

Kemajuan ini menandakan dedikasi OPPO untuk merintis kecanggihan AI dan untuk meningkatkan kebolehcapaian teknologi AI untuk pengguna di seluruh dunia. Terbaiklah!

Disebabkan OPPO kini berada dalam era Telefon Pintar AI, mereka hadir dengan empat ciri utama telefon pintar AI seperti:

– Telefon Pintar AI mesti menggunakan sumber pengkomputeran dengan cekap untuk memenuhi keperluan pengiraan AI generatif dalam era AI

– Telefon Pintar AI harus menyedari dunia sebenar dalam masa melalui penderia, memahami maklumat kompleks pengguna dan persekitaran

– Telefon pintar AI juga perlu memiliki keupayaan pembelajaran kendiri yang berkuasa

– Telefon Pintar AI akan mempunyai kebolehan penjanaan kandungan pelbagai mod, memberikan pengguna inspirasi berterusan dan sokongan pengetahuan

Dengan kesemua ciri yang ada ni, kehadiran Telefon Pintar AI akan membawa revolusi hebat dalam industri mudah alih tau. Tahniah OPPO!

Pelbagai perkhidmatan AI akan disepadukan ke dalam ejen pintar, membolehkan korang menikmati perkhidmatan yang lebih memenuhi keperluan. 

Selain itu, dengan adanya ekosistem baru ni akan melengkapkan dan meningkatkan lagi ekosistem aplikasi semasa dengan lebih efektif.

Bukan itu saja, Anugerah Imagine iF Photography Awards 2024 yang disanjungi oleh OPPO kini kembali lagi! Jadi, siapa peminat fotografi dijemput untuk menyertai OPPO dalam menangkap esensi budaya tempatan dengan menghantar fotografi budaya Malaysia kepada #OPPOimagineIF. 

Menariknya, korang berpeluang untuk menangi hadiah lumayan berjumlah sehingga USD 24,000 tau! Bestnya!!

Anugerah OPPO Imagine IF Photography 2024 ini mempunyai sembilan kategori berbeza, meliputi Landscape, Portrait, Colours, Unfading Moment, Fashion, Snapshot, Light, Travel, dan Collection dan setiap kategori bertujuan menginspirasi pengguna untuk berkongsi cerita dan emosi mereka yang paling memikat hati melalui lensa telefon pintar OPPO.

Siapa yang berminat untuk sertai Anugerah OPPO Imagine IF Photography Awards 2024 penyertaan telah dibuka untuk sehingga 28 Julai 2024 pada jam 24:00 UTC+8. Layari laman web rasmi di https://bit.ly/imagineIF2024 untuk maklumat lanjut.

Manakala untuk Pusat AI OPPO ni, layari laman web rasmi OPPO atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas