Connect with us

Oh! Media

PDRM Siasat Pemilik Akaun Facebook Fitnah Pemangku Sultan Johor

pemangku sultan johor

Oh! Negara

PDRM Siasat Pemilik Akaun Facebook Fitnah Pemangku Sultan Johor

Semakin hari, semakin banyak tuduhan dan fitnah yang diterima Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar memaklumkan satu siasatan telah dilakukan ke atas pengendali akaun media sosial, Facebook Kelab Penyokong Pas Malaysia.

Pihak itu dikatakan telah mengaitkan TMJ dengan tuduhan rasuah bersama seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Zamri Zainul Abidin.

Tindakan tegas akan diambil PDRM…

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seskyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kes masih di peringkat siasatan, orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform itu dengan menyalahi undang-undang.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua keadaan, sama ada membuat hantaran, menularkan, berkongsi maklumat berbaur hasutan, fitnah atau palsu sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan ada kenyataan fitnah yang mengatakan TMJ terbabit dengan kes rasuah sebanyak RM20 juta.

Penyebaran perkara itu dilihat sebagai berniat jahat untuk menghasut dan cuba menjatuhkan institusi diraja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas