Connect with us

Oh! Media

“Paling Mencabar, Dah Tak Rasa Kaki..” – Syed Saddiq Berbaki 80km Lagi Nak Sampai Parlimen

syed saddiq

Oh! Negara

“Paling Mencabar, Dah Tak Rasa Kaki..” – Syed Saddiq Berbaki 80km Lagi Nak Sampai Parlimen

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar nampaknya masih bersemangat untuk meneruskan ‘Larian Muar’ yang kini berbaki 80 kilometer (km) lagi menuju Parlimen.

ADVERTISEMENT

Syed Saddiq yang memulakan larian pada jam 8 pagi itu kini dilaporkan sudah berada di sekitar Mantin dan dijangka akan berehat di sekitar Beranang.

Lebih kurang 80km lagi sebelum saya sampai di Parlimen, hari ini akan jadi lebih mencabar dari sebelum ini.

Perjalanan yang lebih jauh dah tak rasa kaki.

Perkara itu dikongsi Syed Saddiq di Facebook dan setakat ini sudah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM74,970 dan target sebenar adalah RM100,000 yang akan digunakan unutk Pusat Khidmat Muar.

Sebelum ini, Syed Saddiq mengumumkan ‘Larian Muar’ sebagai salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan untuk memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas