Connect with us

Oh! Media

Menteri Besar Kedah Umum Imbuhan Khas Untuk Lee Zii Jia

Oh! Lifestyle

Menteri Besar Kedah Umum Imbuhan Khas Untuk Lee Zii Jia

Seluruh rakyat Malaysia kembali bersemangat selepas pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya berjaya mencatat kemenangan Juara di kejohanan All England.

ADVERTISEMENT

Terbaru, anak jati negeri Kedah itu mendapat berita gembira apabila kerajaan negeri berbesar hati memberikan imbuhan kepadanya.

Ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan akan mengatur majlis khas untuk meraikan kemenangan Zii Jia selepas tamat kuarantin pulang dari luar negara.

Kita akan hargai sumbangan Lee Zii Jia, sangat bangga dengan pencapaian beliau yang masih muda baru berusia 23 tahun. Beliau ada ciri-ciri sokongan keluarga yang kuat dan saya rasa faktor kekeluargaan kuat inilah akan membantu kejayaan anak-anak.

Ibu bapa ada anak-anak mempunyai kemahiran sukan perlu beri galakan dan sokongan moral agar anak-anak berjaya dan Zii Jia contoh yang mendapat sokongan jitu keluarga dan punyai tahap disiplin tinggi dalam latihan dan kejohanan. – Kata Sanusi.

Zii Jia pada Ahad lalu berjaya menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark dengan mata 30-29, 20-22 dan 21-9 do Utilia Arena Birmingham.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas