Connect with us

Oh! Media

Lebih Berbaloi Bila Lepak Mekdi. Ini Langkah Seterusnya Untuk Lebih Jimat Dengan Set Famili McD

Branded

Lebih Berbaloi Bila Lepak Mekdi. Ini Langkah Seterusnya Untuk Lebih Jimat Dengan Set Famili McD

Setiap kali korang pergi Mekdi dengan kawan-kawan atau family, mesti semua nak order berasingan. Tapi kenapa korang perlu order berasingan kalau kita boleh jimat dengan lebih banyak dengan Mekdi Set Famili McD yang jauh lebih murah dan cukup kepuasan?

Ohmedia pun selalu terlepas pandang dengan Set Famili McD ni . Rupanya lebih berbaloi dari beli set yang berasingan sebenarnya. Set ini terbahagi kepada 3 set seperti Set Famili McD A untuk 3 orang, Set Famili McD B untuk 5 orang dan Set Famili McD C untuk 8 orang makan.

Apa yang ada dalam Set Famili McD A ni adalah 3 ketul Ayam Goreng McD, 6 ketul Chicken McNuggets, 2 Sundae, 2 Iced Lemon Tea bersaiz large dan 2 French Fries bersaiz medium dari harga RM33.00 jer gais! Memang puas hati guys!

Macam yang Ohmedia ambik ni adalah Set Famili McD B yang berharga dari RM55.00 jer. Korang akan dapat 4 ketul Ayam Goreng McD, 9 ketul Chicken McNuggets, 2 Nasi Lemak McD, 3 Sundae, 3 Iced Lemon Tea bersaiz large dan 3 French Fries bersaiz medium. Macam tak percaya semua set ni dapat dari harga yang murah gila!

Set untuk yang paling ramai pula ialah Set Famili McD C dan dalam set tu ada 6 ketul Ayam Goreng McD, 20 ketul Chicken McNuggets, 4 Nasi Lemak McD, 4 Sundae, 4 Iced Lemon Tea bersaiz large dan 4 French Fries bersaiz medium dari harga RM88.00 jer. Memang murmur!

Ohmedia paling suka beli Set Famili McD ni sebab memang berbaloi dan jimat untuk berkongsi bersama kawan-kawan ataupun keluarga korang. So, tak payah bergaduh lagi lepas ni, pilih jer nak Set Famili McD yang mana satu. Geng Regular ke, Geng Spicy ke, semua boleh layan. Hehe!

Lagipun, boleh merapatkan silaturrahim tau. Haa tunggu apa lagi? Takkan korang nak tengok team Ohmedia makan jer. Korang boleh order Set Famili McD melalui Drive Thru dan juga walk in atau online deliver je https://www.mcdelivery.com.my/my/home.html.

+ Baca respon pembaca yang sukakan mekdi di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas