Connect with us

Oh! Media

Insaf Sekejap? Ini 5 Pengajaran Yang Kita Dapat Bila Tonton Siri Squid Game

squid game

Oh! Lifestyle

Insaf Sekejap? Ini 5 Pengajaran Yang Kita Dapat Bila Tonton Siri Squid Game

Sehingga ke hari ini, siri khas Netflix, Squid Game masih trending secara global. Sememangnya gaya penceritaan yang ditunjukkan dalam siri ini berjaya menarik minat ramai orang untuk menonton. Tapi apa yang kita dapat pelajari sebenarnya dari siri Squid Game ni?

ADVERTISEMENT

Kalau korang dah habis tonton semua 9 episod siri ini, ia sebenarnya bukan sekadar ingin mempromosikan permainan traditional kanak-kanak Korea Selatan tetapi turut memberikan banyak mesej tersirat. Diawal episod, kita sudah ditunjukkan watak utama yang mengalami masalah kewangan yang akhirnya dihampiri lelaki misteri mengajak dia untuk bermain dan menawarkan sejumlah wang yang banyak.

Sebenarnya ramai lagi individu yang dipilih untuk menyertai 6 permainan utama dan semua pemain yang dipilih mempunyai masalah seakan sama iaitu masalah kewangan. Oleh itu, mereka dibawa ke satu lokasi rahsia, dikurung dan perlu melengkapkan permainan untuk mendapatkan wang bernilai berbilion ringgit. Pada waktu inilah semua peserta diuji ketahanan mental, kekuatan dan tuah yang dimiliki mereka. Nak tahu lebih lanjut korang kena tonton di Netflix.

Berikut kami kongsikan 5 pelajaran kewangan dari Squid Game yang dikongsikan penasihat kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad untuk kita semua.

1.Pengurusan kewangan salah deritakan hidup

2. Berjudi menyebabkan ketagihan

3. Waktu terdesak, sahabat dikhianati

4. Strategi bijak menguntungkan

5. Tamak dan serakah hilangkan semua

Pengajaran hidup dari Squid Game

Jadi apa pula pengajaran yang korang dapat dari menonton siri Squid Game ini? Kongsikan pandangan korang di ruangan komen untuk kita fikirkan bersama.

Kredit: Dr. Azizul Azli Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas