Connect with us
miss universe

Oh! Lifestyle

Ini Sebab Mengapa Malaysia Tarik Diri Hantar Wakil Miss Universe

Setiap tahun Malaysia pastinya akan menghantar wakil negara untuk ke pertandingan Miss Universe yang dianjurkan negara luar. Tetapi tahun ini Malaysia nampaknya tidak akan menghantar sebarang wakil untuk merebut gelaran ratu cantik.

BACA: Miss Universe Malaysia Macam Diva, Pereka Fesyen Dedah Perangai Sebenar!

IKLAN

Berdasarkan kenyataan organisasi ratu cantik Malaysia (MUMO), mereka mengesahkan perkara itu tahun ini kerana pertandingan ratu cantik akan diadakan di Eilat, Israel.

Akan tetapi, MUMO menyatakan pembatalan menghantar wakil ratu cantik ini bukanlah kerana ia diadakan di Israel, tetapi kerana mengambil kira faktor penularan Covid-19 yang membimbangkan. Apatah lagi pada waktu ini negara kita turut mengehadkan sebarang aktiviti keluar dan masuk negara.

Kami telah sedia maklum bahawa Organisasi Miss Universe memutuskan untuk mengadakan pertandingan tersebut di Eilat, Israel pada Disember 2021. Perjalanan keluar masuk negara juga dihadkan. Kami akan kembali menyertai ratu cantik pada tahun akan datang. – Tulis kenyataan MUMO.

miss universe

Untuk pengetahuan korang, penganjuran ratu cantik ke-70 di Israel sebelum ini memang mendapat tentangan. Ramai yang membantah dan tidak mahu terlibat dengan kekejaman rejim zionis di Palestin. Disebabkan itu juga wujud tanda pagar #BoycottMissUniverse2021.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas