Connect with us
Gigi Coffee Greatness In You

Branded

Bakar Kalori Pun Boleh Redeem Ganjaran Hebat, Jom Muat Turun Aplikasi Gigi Coffee Sekarang!

Siapa dekat sini aktif bersukan, tipulah kalau korang tak menjejaki pengambilan kalori dan berapa banyak kalori yang korang dah bakar, betul tak? 

Tapi, kalau hari-hari korang buat rutin yang sama tanpa ganjaran, rasa macam bosan pula kan? Rasa macam tak ada motivasi untuk teruskan…

Jangan risau, lepas ni korang boleh bakar seberapa banyak kalori yang korang nak dan paling best, korang berpeluang untuk memenangi ganjaran hebat tau! Nak tahu macam mana, jom kami kongsikan!

Beri Sokongan Padu Pada Atlet Negara, Gigi Coffee Suntik Semangat Kesukanan Menerusi Kempen ‘Greatness In You’!

Sebelum kami cerita tentang ganjaran hebat, memandangkan tak lama lagi atlet negara akan berentap di Sukan Olimpik Paris 2024, Gigi Coffee mengambil kesempatan ini untuk menghangatkan lagi suasana dengan kempen ‘Greatness In You’! Wow, macam best je.

Memang best pun, sebab menerusi kempen ini, Gigi Coffee memberi galakkan kepada setiap masyarakat Malaysia untuk menonjolkan keupayaan dalaman untuk mencapai kehebatan diri terutama dalam bidang sukan. Bagusnya!

Selain itu, kempen ini juga diadakan untuk menyuntik semangat kepada atlet-atlet negara yang bakal berentap di Sukan OIimpik 2024 dan memberikan sokongan padu supaya mereka mampu memberikan yang terbaik buat negara! Ayuh Malaysia!

Bukan itu saja, Gigi Coffee juga sangat menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah mereka tentang pemerkasaan dan pencapaian peribadi menerusi #GreatnessInYou agar ia boleh dijadikan sebagai ilham untuk satu sama lain. 

Alang-alang tengah cakap tentang atlet negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024, kami ada satu berita menarik yang nak dikongsikan dengan korang terutama mereka yang aktif bersukan! 

Tebus Pelbagai Ganjaran Hebat, Jom Bakar Kalori Dengan Gigi Coffee!

Disebabkan Sukan Olimpik Paris 2024 ni akan berlangsung tak lama saja lagi, Gigi Coffee hadir dengan pelbagai ganjaran hebat, khas untuk korang DENGAN SYARAT korang perlu bakar kalori! Haa, seriuslah semudah itu saja?!

Ya betul! Kalau korang muat turun aplikasi Gigi Coffee, korang akan nampak ada pelbagai pilihan ganjaran hebat. Ganjaran ini ditawarkan mengikut kalori yang ditetapkan untuk tebus ganjaran tersebut. Senangkan?

Tapi, sebelum korang start bakar kalori untuk tebus ganjaran daripada Gigi Coffee, korang kena hubung dengan aplikasi Strava terlebih dahulu bagi memudahkan korang untuk jejak kiraan kalori. Barulah boleh tebus.

Jadi, korang tunggu apa lagi, siapa yang aktif bersukan tu, ini memang makanan korang, dalam masa yang sama siapa yang jarang bersenam tu, jom sama-sama kita bersenam dan bakar kalori! 

Bukan itu saja tau. Memahami tahap kegilaan rakyat Malaysia terhadap atlet negara, Gigi Coffee juga hadir dengan pelbagai pilihan minuman yang menjadi kegemaran atlet negara. Seriuslah?!

Nak tahu apakah antara pilihan minuman atlet negara? Senang saja guys, apa yang korang perlu buat adalah kumpul mata di dalam aplikasi Gigi Coffee dan korang berpeluang untuk ‘unlock’ minuman kegemaran atlet. 

Apa yang membuatkan kami jatuh cinta lagi mendalam pada aplikasi Gigi Coffee ni adalah korang berpeluang mendapat lebih ganjaran menerusi ciri ‘Draw Your Everyday Greatness’. Baguskan?!

Cara nak menang ganjaran ni pun senang saja, korang hanya perlu tekan ‘Check In’ setiap hari untuk nikmati ganjaran harian terpilih seperti minuman percuma atau diskaun minuman. 

Tapi! Lagi best korang juga berpeluang untuk memenangi PERCUMA Coffee Pass untuk sebulan terus tau! Fuhh, macam ni memang hari-hari ‘Check In’ lah ceritanya!

Jadi, korang nak menang tak ganjaran hebat daripada Gigi Coffee? Kalau nak, jomlah muat turun aplikasi Gigi Coffee sekarang di Google Play atau App Store

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Gigi Coffee atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram. Jangan lupa, kalau korang muat naik gambar atau video, gunakan #GreatnessInYou

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas