Connect with us
kuali hitam legend

Oh! Lifestyle

Ahli Kimia Dedah Bahaya Guna Kuali Hitam Legend, Boleh Sebabkan Kanser?

Sebelum ini pernah viral di media sosial berkenaan kuali hitam legend. Ramai yang memuat naik gambar kuali hitam legend dan mengatakan mereka menggunakan kuali tersebut untuk memasak.

Korang tahu tak, sebenarnya kuali yang dikatakan legend itu boleh membahayakan kesihatan tubuh badan kita?

IKLAN

Haa, satu perkongsian yang dikongsi oleh Dr Fatimah Salim, beliau telah menjelaskan betapa bahaya sebenarnya jika kita menggunakan kuali hitam tersebut untuk memasak.

kuali hitam legend

Menurut Dr Fatimah, lapisan hitam di kuali itu terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus, dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.

Lapisan tersebut berpotensi menyebabkan kanser kerana ia mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans.

Kalau korang nak tahu, jika kita gunakan kuali hitam tersebut, bahan-bahan kimia itu akan bercampur dalam masakan yang kita hidangkan kepada anak-anak. Bahaya kan?

Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi, korang kena terus ke dapur, ambil kuali hitam itu dan bersihkannya! Janganlah kita menjadi punca kesihatan anak-anak atau ahli keluarga terjejas akibat dari masakan yang kita masak dari kuali tersebut.

Tips Bersihkan lapisan karbon

kuali hitam legend

Pertama sekali, korang kena panaskan kuali tersebut dengan api. Tuang air perlahan-lahan dalam kuali dan biar mendidih selama 10-15 minit.

Selepas mendidih, tuangkan setengah cawan baking soda dan biar mendidih lagi. Matikan api dan kikis perlahan permukaan yang kotor dengan menggunakan alatan yang bersesuaian. Nak guna berus boleh, senduk pun boleh. Tunggu kuali sejuk dan mulakan sentalan!

Kalau tak nak guna baking soda, korang boleh juga guna sabun cuci baju. Bila dah biarkan kuali mendidih dalam 10-15 minit tadi, matikan api dan tuangkan sabun cuci setengah cawan. Rendam dalam 1 jam atau lebih lama bergantung pada tahap kekotoran kuali korang.

Bila nampak macam dah senang nak kikis, buang air sabun yang direndam tadi dan sental je macam biasa. Tips panaskan kuali ni untuk bantu tanggalkan kesan hangus yang ada dengan lebih mudah.

Jadi, kalau kesan hitam dekat kuali tu tak teruk, korang boleh juga letak baking soda tanpa perlu panaskan kuali dan terus sental! Senang je kan?

Rebus dulu sebelum guna

Pesanan dari Dr Fatimah, dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia itu bersifat menghakis, jadi boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma korang kena hati-hati dengan air panas yang sifatnya boleh merengsa.

Kuali yang dah kilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Jadi, sebelum korang guna kuali yang dah bersih tadi, rebus dulu air beberapa kali sampai lapisan kelihatan pada permukaan.

Harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk korang yang setia dengan Oh! Media! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas