Connect with us

Oh! Media

(Video) Masjid Al-Aqsa Diserang Tentera Israel, Ini Situasi Sebenar Rakyat Malaysia Di Sana

Oh! Islam

(Video) Masjid Al-Aqsa Diserang Tentera Israel, Ini Situasi Sebenar Rakyat Malaysia Di Sana

Menjelang bulan Ramadan, sudah semestinya Masjid Al-Aqsa menjadi tumpuan penduduk Palestin yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah.

ADVERTISEMENT

BACA: Masjid Al-Aqsa Diserbu Polis Israel Ketika Jemaah Bersiap Untuk Solat Subuh

Walau bagaimanapun, semalam masjid suci itu sekali lagi telah diserang oleh tentera Israel dan beberapa lokasi di kawasan sekitarnya telah dibom rejim Zionis.

Masjid Al-Aqsa diserang

https://www.tiktok.com/@iamzakaria_isa/video/7218355111548964102?_t=8bFxbxaX5ku&_r=1

Menerusi satu video yang tular di media sosial, beberapa umat Islam telah dipukul oleh tentera Israel ketika menunaikan solat Terawih.

Laporan Berita Harian mengatakan bahawa setiap kali Ramadan, Israel akan melakukan serangan termasuk bedilan roket menggunakan pesawat sejak tiga tahun yang lalu.

masjid

Salah seorang rakyat Malaysia yang tinggal di sana, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman memberitahu bahawa kawasan berhampiran kediamannya telah musnah akibat dibom.

Salah satu lokasi yang dibom di Bandar Gaza. Kawasan ni dekat dengan rumah saya. Ia masih dibom saat hantaran ini dinaikkan. Pemuda dari seluruh bandar Palestin menyahut seruan mu’takifin dan keluar berarak menyatakan sokongan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih diserang sehingga kini.

Difahamkan situasi terkini Nadir masih lagi gagal dihubungi hingga sekarang. Sama-sama kita doakan situasi umat Islam di sana sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Kredit: Berita Harian | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas