Connect with us

Oh! Media

“Semua Aktivis Kita Dapat Restu” – PU Amin Ulas Isu Wanita Ikut Berjuang Tanpa Mahram 

Ohmedia zizi Kirana Ardell

Oh! Islam

“Semua Aktivis Kita Dapat Restu” – PU Amin Ulas Isu Wanita Ikut Berjuang Tanpa Mahram 

PU Amin jelaskan ada pengecualian dalam misi kemanusiaan walaupun tanpa mahram.

Isu penyertaan wanita dalam misi kemanusiaan ke Gaza tanpa ditemani mahram hangat diperdebatkan di media sosial.

BACA: “Kau Nak Buat Amal Ke Nak Viral?” – Pereka Fesyen Dikecam Pertikai Sukarelawan Sumud

Perkara ini mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Amin, yang tampil memberi penjelasan agar masyarakat lebih jelas tentang hukum dan pengecualiannya.

IKLAN

Pengecualian hukum bermusafir tanpa mahram

Dalam sesi perkongsian di sebuah stesen radio, PU Amin menjelaskan bahawa hukum asal memang melarang wanita bermusafir tanpa mahram, tetapi wujud khilaf serta pengecualian yang dibenarkan ulama.

@suriamalaysia

Dengarkan ulasan Ustaz Amin tentang isu wanita yang ikut berjuang tanpa membawa mahram bersama. #suriamalaysia #resetjiwa #SuriaBersamaPalestin #sumudflotillanusantara🇲🇾🇵🇸

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

Menurut PU Amin, jika perjalanan diyakini selamat serta bebas daripada unsur maksiat atau bahaya, ia boleh dibenarkan.

Yang kita percaya di dalamnya takkan ada ikhtilat, maksiat, pencerobohan dan kapal terbang pun selamat maka itulah perjalanan yang dibenarkan walaupun tanpa mahram.

Beliau menegaskan, walaupun ada ulama yang berpegang pada hukum haram, terdapat juga ulama lain yang meletakkan pengecualian bergantung pada keadaan.

Peranan penting wanita dalam misi kemanusiaan

Rizalman

Melihat situasi di Gaza, PU Amin menegaskan bahawa kehadiran aktivis wanita amat penting. Beliau memberi contoh situasi para ibu yang memerlukan rawatan dan sokongan psikologi daripada doktor wanita.

Sebab bila sampai di Gaza, kita tahu ada wanita-wanita yang perlu untuk disantuni dengan doktor wanita dan mesti ada pakar psikologi wanita. Pasti ada ibu-ibu yang nak berpelukan dan meluahkan perasaan kepada aktivis wanita. Jadi apabila ada kaum wanita yang pergi, perjalanan kita lagi lengkap dan paling penting dapat restu.

Tambahnya, para wanita yang menyertai misi GSF mendapat restu daripada suami dan ahli keluarga masing-masing.

Beliau sendiri melihat perkara itu ketika menghantar rombongan misi di KLIA bulan lalu.

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan bahawa agama bukan sekadar meletakkan larangan semata-mata, tetapi juga memberi ruang dengan syarat tertentu demi maslahat ummah. Kehadiran wanita dalam misi kemanusiaan ke Gaza membuktikan peranan mereka tidak boleh dipandang ringan, malah sangat diperlukan untuk menyantuni mangsa yang memerlukan sokongan emosi dan fizikal.

Kredit: TikTok Suria Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas