Connect with us

Oh! Media

Sahut Titah Agong, JAKIM Mohon Pihak Berkuasa Agama Negeri Anjur Solat Hajat Esok

Oh! Islam

Sahut Titah Agong, JAKIM Mohon Pihak Berkuasa Agama Negeri Anjur Solat Hajat Esok

Bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara menganjurkan solat hajat di masjid dan surau bagi mendoakan rakyat Palestin yang kini ditindas rejim zionis Israel.

ADVERTISEMENT

Hal ini berlaku bagi menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru kepada seluruh umat islam di Malaysia menunaikan solat hajat bagi mendoakan umat islam di Palestin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata mereka telah memanjangkan cadangan itu serta memohon kerjasama Majlis Agama Islam di setiap negeri bagi bersama-sama menyahut saranan berkenaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Solat hajat khusus untuk Palestin itu akan diadakan serentak selepas solat Magrib esok iaitu hari Isnin di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

JAKIM juga mengajak semua umat islam di Malaysia untuk melakukan solat hajat di kediaman sendiri seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong sebagai sebuah solidariti kepada penduduk Palestin selain turut berharap masyarakat dapat menyokong usaha yang dilakukan semua pihak dalam membantu negara tersebut.

Ia sedikit sebanyak dapat membantu dan sebagai tanda sokongan kepada rakyat di Palestin yang diaporkan seramai 126 orang terkorban dalam konflik Israel-Palestin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas