Connect with us

Oh! Media

Kes Gangguan Seksual Semakin Tak Terkawal! Ini Garis Panduan Pergaulan Lelaki Dan Wanita

pergaulan bebas

Oh! Islam

Kes Gangguan Seksual Semakin Tak Terkawal! Ini Garis Panduan Pergaulan Lelaki Dan Wanita

Sebelum kita ulas lebih lanjut, Ohmedia nak ucapkan selamat hari pekerja untuk semua. Bercakap soal pergaulan bebas, kes gangguan seksual boleh terjadi tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita.

ADVERTISEMENT

Kes seperti ini kerap terjadi di tempat kerja kerana pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dapat dielakkan. Susah nak cari tempat kerja tak bercampur jantina ni, betul tak?

Apapun, Ohmedia tertarik dengan satu soalan yang diberikan seorang individu kepada pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang isu ini.

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t, saya ada satu persoalan. Realiti yang berlaku, aduan gangguan seksual terhadap berlainan jantina semakin meningkat saban hari. Pelbagai usaha kementerian untuk memberi kesedaran dengan pelbagai kempen mahupun seminar dilaksanakan. Persoalannya, apakah garis panduan yang lengkap dalam menjelaskan permasalahan ini? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan :

Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (ikhtilat) hanya dibenarkan pada keadaan-keadaan tertentu seperti urusan darurat dan urusan keperluan yang melibatkan muamalat sesama manusia berkaitan kemasyarakatan seperti urusan jual beli, penyaksian, urusan kerja, politik, urusan menuntut ilmu, jihad dan keperluan menjalankan urusan kebiasaan seharian. Keharusan ini dibenarkan dengan batas – batas yang ditetapkan oleh syarak dan tertakluk pada nilai-nilai adab.

Garis panduan Islam berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti berikut :

1. Tidak berkhalwat (berdua-duaan) di tempat tertutup sekiranya tiada sebarang urusan darurat atau urusan keperluan mendesak.

2. Menutup aurat dengan sempurna ketika berhadapan dengan berlainan jantina.

3. Menjaga serta menundukkan pandangan pada kadarnya ketika berurusan secara langsung.

4. Golongan perempuan tidak boleh menggunakan suara yang lunak dan manja ketika berkomunikasi dengan lelaki asing serta tidak menunjukkan reaksi dan lenggok badan yang boleh menimbulkan syahwat.

5. Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas