Connect with us

Oh! Media

“Kenal Dalam 5 Bulan Ja” – Lelaki Terkejut Dapat Tahu Isteri Tiada ‘Dara’ Di Malam Pertama

isteri dara

Oh! Islam

“Kenal Dalam 5 Bulan Ja” – Lelaki Terkejut Dapat Tahu Isteri Tiada ‘Dara’ Di Malam Pertama

Di Facebook, peguam syarie dan konsultan perundangan Islam, Fahmi Ramli berkongsi kisah mengenai seorang lelaki yang baru mendapat tahu isteri tiada ‘dara’ di malam pertama pernikahan mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri Penat Kerja Sara Keluarga, Suami ‘Biawak Hidup’ Senyap-Senyap Kahwin Janda

Kongsi lelaki itu, mereka berkenalan selepas bertunang selama lima bulan sebelum mengambil keputusan untuk nikah.

Lelaki berkenaan meluahkan rasa terkejut dan gusar sama ada tindakan dia berkahwin adalah satu kesalahan.

Dia juga bertanyakan pandangan Fahmi Ramli selaku peguam syarie mengenai isu yang sedang digusarkan itu.

dara

Peguam memberi pandangan dari sudut Fiqh dan undang-undang. Ibn Qudamah di dalam Kitab Al-Mughni ada menjelaskan status seorang gadis yang kehilangan dara berdasarkan tiga sebab berikut;

fahmi peguam

Bagaimana pula jika seorang wanita itu hilang dara kerana persetubuhan secara sedar? Dara atau janda? Ini jawapannya.

dara

Dari sudut undang-undang pula, Seksyen 2 (1) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008 menjelaskan bahawa anak dara ditafsirkan sebagai perempuan yang belum pernah bersetubuh sama ada sudah berkahwin atau belum.

Janda pula ditafsirkan sebagai perempuan yang telah bernikah dan telah diceraikan setelah bersetubuh.

fahmi ramli

Dalam kes ini, peguam menyimpulkan setiap perkahwinan perlu ada kejujuran. Pihak yang lain pula perlu menerima dengan ikhlas.

Baginya, soal dara atau tidak adalah satu perkara yang sukar untuk ditentukan tambahan pula jika wanita itu aktif bersukan.

Nasihat peguam lagi, janganlah disebabkan itu tersebut, seorang suami mudah menceraikan isteri. Sebaiknya pasangan duduk berbincang dan belajar untuk memaafkan kesalahan masing-masing.

peguam

Baca perkongsian penuh peguam;

Kredit: Facebook Fahmi Ramli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas