Connect with us

Oh! Media

Ini Jawapan Mufti Wilayah Isu ‘Curang Dengan Izin Allah’

Oh! Islam

Ini Jawapan Mufti Wilayah Isu ‘Curang Dengan Izin Allah’

Baru-baru ini kecoh bila ada yang memberi ulasan mengenai isu curang dengan mengatakan mereka melakukan itu dengan izin Allah.

ADVERTISEMENT

BACA: Dr Zulkifli Minta Pejabat Mufti Teliti Isu ‘Pakar Motivasi’ Andika Putera

Disebabkan itu ada yang meminta Dr Zulkifli untuk memberikan penjelasan dan Menteri Agama itu kemudian meminta Mufti Wilayah untuk meneliti isu ini.

Ikuti penjelasan Mufti Wilayah di bawah

Kesimpulannya, perbuatan menisbah kejahatan, keburukan dan maksiat yang dilakukan kepada Allah SWT ialah perbuatan yang tidak beradab terhadap-Nya.

Ya, Allah SWT menciptakan semua perkara termasuk semua keburukan dan kejahatan, namun sebagai adab terhadap Allah SWT kita tidak boleh menisbahkan kepada-Nya kecuali perkara-perkara yang baik sahaja.

Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, setiap hamba Allah mempunyai pilihan sama ada melakukan perkara kebaikan atau kejahatan. Namun kesemuanya tidak terkeluar dari kehendak Allah SWT. Daripada pilihan inilah manusia diuji dan akan diberikan balasan berdasarkan pilihan mereka semasa di dunia.

Selain itu, ucapan ‘saya melakukan maksiat ini dengan izin Allah SWT’ tidak melazimi bahawa Allah SWT redha terhadap perbuatan maksiat tersebut. Ini kerana kehendak (iradah) Allah SWT tidak melazimi keredhaan-Nya.

Oleh itu, sesiapa yang melakukan maksiat dengan pilihan dan kehendaknya sendiri, maka dia mendapat kemurkaan Allah SWT.

Ucapan sebegini tidak sepatutnya disebut dan malah perlu dielakkan, apatah lagi jika diniatkan untuk menghalalkan perbuatan maksiat dilakukan oleh seseorang. WaAllahu a’lam.

Semoga jawapan dan penjelasan yang diberikan Mufti Wilayah ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas