Connect with us

Oh! Media

Ini Jawapan Adam Corrie Selepas Ditegur Netizen “Makan Pakai Chopstik Ni Haram”

adam corrie

Oh! Artis

Ini Jawapan Adam Corrie Selepas Ditegur Netizen “Makan Pakai Chopstik Ni Haram”

Pelakon dan pendakwah bebas Adam Corrie memang dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi aktiviti harian dan juga membuat ulasan makanan di Facebook rasmi miliknya.

ADVERTISEMENT

Namun, ada satu perkongsian Adam di Facebook baru-baru ini telah membuatkan netizen ‘naik hantu’ apabila ada individu yang memberi komen berbaur teguran mengatakan perbuatan menjamah makanan menggunakan chopstik adalah haram di sisi agama Islam.

Kata individu itu, tindakan Adam membaca doa sebelum makan itu bagus namun diharamkan bagi seorang muslim untuk menggunakan penyepit atau Chopstik.

Tidak mendiamkan diri, Adam kemudian tampil memberi komen balas dan mengatakan dia sudah merujuk kepada banyak ustaz dan penggunaan chosptik hanyalah budaya dan tidak berkaitan dengan akidah, iman atau agama Islam.

Ustaz kata boleh kerana ia hanya alat untuk makan sama seperti sudu, garfu dan pisau.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen agak ‘terkesima’ dengan teguran individu berkenaan dan ada juga yang merasakan individu itu hanya bersikap sarkastik dan ingin bergurau.

Ni susah bila ingat Islam tu Melayu. Islam ni seluruh dunia ada. Dekat China umat Islam lagi, ramai, habis tu diorang makan guna apa?

Dalam pada itu, netizen turut berasa hairan tentang hukum menggunakan chopstik yang dikatakan haram itu kerana ianya hanyalah budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina sejak turun temurun.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas