Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Ikut Ucap Syahadah Selepas Enam Tahun Anak Peluk Islam

ucap syahadah

Oh! Islam

Ibu Bapa Ikut Ucap Syahadah Selepas Enam Tahun Anak Peluk Islam

Ohmedia tertarik dengan kisah seorang remaja berbangsa Cina yang memutuskan untuk memeluk agama Islam ketika usianya 11 tahun. Kini, selepas enam tahun dia memeluk Islam, giliran ibu bapanya pula melafazkan kalimah syahadah.

ADVERTISEMENT

Kisah ini dikongsikan bapanya, Lim Hun Kheng (Abdul Rahman Kheng), 51 di mana dia dan isteri Wandee Sandaesa (Nur Wandee), 45 membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk melalui mimpi.

Abdul Rahman mimpi pergi pejabat agama ucap syahadan dan Nur Wandee mimpi didatangai lelaki berjubah putih seperti imam masjid…

Kami tidak bercerita antara satu sama lain sehinggalah beberapa hari selepas itu. Kami bersembang mengenai kos rawatan isteri (warga Thailand), dia mengidap penyakit jantung dan memerlukan rawatan berkala di Hospital Satun.

Keadaan jantungnya agak kurang baik dan memerlukan pembedahan segera dengan kos mungkin melebihi RM10,000, saya dan isteri pun bercerita mengenai mimpi masing-masing. Lalu kami terdetik mungkin ini tandanya kami juga perlu masuk Islam seperti anak kami (Firdaus Hong) yang kini sudah berusia 17 tahun.

Bercerita mengenai perasaannya, Abdul Rahmah berasa lebih tenang dan turut bersyukur kerana menerima pelbagai bantuan zakat.

Masih ada anak bongsu tetapi tidak mahu memaksa peluk Islam…

Saya tidak paksa anak bongsu saya untuk peluk Islam, cuma kami perlu tunjuk contoh yang baik seperti Firdaus buat sebelum ini.

Sekarang saya dan isteri dalam proses belajar agama, ramai kenalan yang datang membantu, Alhamdulillah saya syukur kepada ALLAH kerana beri hidayah kepada kami.

Syukur kepada Allah atas kehadiran saudara baru kita semua. Semoga terus bersemangat dan istiqomah dalam mendalami ilmu agama Islam.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas