Connect with us

Oh! Media

Hari Raya Aidil Adha Lebih Bermakna Dengan 11 Amalan Sunat Ini

Oh! Islam

Hari Raya Aidil Adha Lebih Bermakna Dengan 11 Amalan Sunat Ini

Hari esok, semua umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Selain daripada memakai baju baru dan solat sunat pada pagi raya, korang tahu tak ada banyak lagi amalan sunat yang kita boleh lakukan?

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Gambar OOTD Yang Cun Sempena Raya Aidiladha? Ini 5 Masjid Cantik Yang Korang Boleh Bergambar

Pada Hari Raya Aidiladha, Rasulullah SAW menyarankan umat islam banyakkan memuji kebesaran Allah walaupun seronok menyembelih binatang korban.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan ALLAH).” (Riwayat al-Tabarani).

Nak tahu tak amalan yang boleh buat raya Aidiladha korang lebih bermakna? Meh sini kami kongsikan 11 amalan sunat supaya korang lebih bersemangat nak sambut.

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi hari.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makanan dan minum selepas pulang dari masjid.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  8. Solat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

Hari Raya Aidiladha juga disunatkan untuk bertakbir (takbir muqayyad) pada setiap kali selepas solat fardhu bermula Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke-3 tasyriq, iaitu 13 Zulhijah.

Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama kita buat semua amalan ini esok! Semoga doa dan amalan kita diterima oleh Allah SWT. Amin..

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas