Connect with us
MaxContact MC7

Oh! Gear

Direka Khusus Untuk Pemandu Asia Pasifik, Continental Tyres Lancar Tayar Berprestasi Tinggi MaxContact MC7

Baru-baru ini Continental telah memperkenalkan tayar berprestasi tinggi, lebih bergaya dan disesuaikan untuk keperluan pemandu Asia Pasifik (APAC) iaitu MaxContact MC7. 

MaxContact MC7 dikatakan mampu menghasilkan prestasi pemanduan yang cukup memberangsangkan dan dapat meningkatkan pemanduan harian dengan kawalan maksimum. 

IKLAN

“Dibangunkan dan diuji oleh pasukan yang terdiri daripada 25 jurutera dan pakar bahan melalui lebih 8,000 jam dalam R&D, kami. merekayasa tayar bergaya dan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan unik para pemandu yang mencari keterujaan dalam pemanduan harian mereka,”  

Tolga Mutlu, Ketua Pengurusan Produk, Continental Replacement Tyres APAC

Kawalan Maksimum Membawa kepada Keterujaan Pemanduan Maksimum

MaxContact MC7

Kami berpeluang untuk merasai sendiri pengendalian menggunakan MaxContact MC7 sewaktu majlis pelancaran berlangsung. 

MaxContact MC7 ini terbukti, mempunyai pengendalian yang lebih terperinci dan kestabilan yang luar biasa apabila kami mengambil selekoh yang tajam dan memandu di pusingan sudut pada kelajuan yang lebih tinggi disebabkan oleh pengoptimuman pengagihan tekanan dalam tayar.

Ia dapat dicapai oleh MaxContact MC7 dengan memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk mencipta jejak yang lebih luas dengan Cornering Macroblocks. 

Kompaun ReFlex MaxContact MC7 juga berjaya menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap ubah bentuk tayar (tyre deformation) yang membawa kepada tindak balas dan ketepatan pengemudian yang lebih baik. 

Dilengkapi Dengan Teknologi Silika TERBARU, Pastikan Pemanduan Stabil & Selamat 

Mengambil kira keadaan di Asia Pasifik terutamanya Malaysia, yang sering kerap menghadapi musim hujan, MaxContact MC7 dapat menghasilkan cengkaman yang dipertingkatkan dan jarak brek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat. 

Dilengkapi dengan 3D Laser-cut Sipes yang dapat meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan menolak keluar air melalui alur tayar dengan lebih cepat. 

Manakala teknologi silika dalam sebatian ReFlex mampu meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila menggunakan brek, sekali gus membawa kepada jarak brek yang lebih pendek di jalan kering dan juga basah. 

Dilengkapi Dengan Pemutus Bunyi Yang Dinaik Taraf 

MaxContact MC7

Pemanduan yang lebih senyap dengan Two-in-1 Noise Breaker 3.0 yang telah dinaik taraf. Ia dapat memecahkan gelombang bunyi, mencegah bunyi daripada terkumpul dan memasuki kabin kereta. 

Wow, boleh tahan jugak tayar terbaru Continental ni kan. Hmm, agak-agaknya kalau sis cuba MaxContact MC7, boleh bertukar jadi racer tak agaknya ya?

Kalau korang nak tahu, kena la cuba dulu Continental MaxContact MC7 ni. Tayar berprestasi tinggi, bergaya dan pastinya lebih selamat! 

Korang boleh dapatkan tayar MaxContact MC7 bermula saiz 16″ sehingga 21″, tersedia untuk pembelian di seluruh pasaran APAC.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas