Connect with us

Oh! Media

Zizan Razak Rugi Jutaan Ringgit, Orang Terdekat Hutang Tapi Lari Nak Bayar

Ohmedia zizan razak orang hutang

Oh! Artis

Zizan Razak Rugi Jutaan Ringgit, Orang Terdekat Hutang Tapi Lari Nak Bayar

Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak mengakui dirinya mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit selepas individu yang cuba rapat dengannya mengambil kesempatan ke atasnya.

Zizan yang disoal pihak OhBulan! atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata ada pihak yang terus menghilangkan diri sebaik sahaja dia memberikan wang.

“Yang rapat pun ada…” – Zizan Razak dedah ditipu sampai jutaan ringgit…

Image

Zizan menjelaskan bahawa isu ini tiada kaitan dengan perniagaan baju Melayu yang diusahakannya sebelum ini tetapi dari bisnes lain yang dijalankan sebelum.

IKLAN

Sebelum ini ada yang nak pinjam duit, ada juga yang nak jalinkan perniagaan dengan saya, tapi bila minta bayaran semula mereka terus hilang.- Jelasnya.

Lebih mengejutkan, individu yang terlibat bukanlah orang asing, tetapi ada juga kenalan rapat yang mengambil kesempatan terhadapnya.

“Telefon tak berangkat tapi masa nak berniaga bukan main lagi”- Zizan Razak

Image

Menurut Zizan, sikap individu-individu ini sangat berbeza sebelum dan selepas mendapat bantuan daripadanya.

Saya tetap bertanya tapi tidak mengemis. Dari kejar macam pengemis lebih baik saya terus bekerja kerana Allah masih beri rezeki dan peluang.- Luahnya.

Walaupun ditipu, Zizan tidak berdendam dan menyerahkan segala urusan kepada Allah. Dia yakin bahawa mereka yang tidak membayar hutang tidak akan mampu hidup dengan tenang.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia perniagaan, penting untuk kita berhati-hati, walaupun dengan kenalan sendiri. Jangan mudah percaya dan pastikan segala urusan kewangan ada hitam putih supaya tidak dipergunakan oleh orang lain.

Ohmedia zizan razak orang hutang

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: OhBulan!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas