Connect with us
Zarina Anjoulie Nora Danish

Oh! Artis

Zarina Anjoulie Luah Rasa Rindu Pada Nedim, Ini Apa Kata Nora Danish

Pelakon, Zarina Anjoulie sebelum ini didakwa memuat naik satu hantaran di media sosial yang meluahkan rasa rindu terhadap bekas suami Nora Danish iaitu Nedim.

Terbaru! Menurut laporan mStar, Nora tampil bersuara mengenai perkara itu dan berkata yang bekas suaminya itu bersama Anju dah lama berkawan rapat.

IKLAN

Pelakon itu juga menyifatkan Anju hanya meluahkan rindu sebagai seorang sahabat baik dan juga akui yang dia tiada masalah dengan Anju kerana sudah tiada kaitan dengan bekas suaminya.

Saya percaya mereka memang sudah berkawan lama malah sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Anju (panggilan Zarina), kami memang baik.

Jadi apabila Anju memuat naik hantaran seperti itu saya hanya menganggap ia hanya sebagai seorang kawan yang merindui sahabatnya. Lagi pun pada waktu itu Nedim sedang sakit.

Tapi kalau mereka nak lebih daripada itu (berkawan) pun saya tidak kisah.

Bukan tu jer, pelakon jelita itu juga memberitahu ada pihak iaitu rakan-rakannya sendiri yang menuduhnya masih tinggal sebumbung dengan Nedim. Padahal dia hanya jaga bekas suaminya ketika di hospital saja.

Saya terima DM terlalu banyak. Apa yang buat saya kesal mereka dalam kalangan rakan-rakan saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim sakit kami baru bercerai.

Kami pun bercerai cara baik, jadi bila dia sakit saya jaga dia. Saya sudah bersamanya selama 11 tahun jadi kami sudah biasa.

Bila saya menjaga Nedim mungkin mereka fikir saya sudah kembali bersama Nedim. Saya jaga Nedim di rumah, mungkin ada yang fikir kami sudah rujuk.

Nora juga berkata yang dia masuh belum terfikir untuk rujuk atau bersama semula dengan Nedim apabila ditanya pihak mStar.

Tapi kalau mereka nak lebih daripada itu (berkawan) pun saya tidak kisah. Disebabkan itu saya terpaksa mengeluarkan kenyataan itu untuk memberitahu kami tidak tinggal sebumbung.

Ramai juga orang DM saya nampak Nedim dengan wanita lain. Saya cakap kenapa kena report dekat saya?

Ramai juga yang mendoakan supaya saya kembali dengan Nedim semula. Tapi apa yang saya boleh katakan buat masa sekarang itu (rujuk) bukan apa saya fikirkan… Saya kini hanya mahu fokus kepada penghijrahan saya.

Zarina Anjoulie Nora Danish

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas