Connect with us

Oh! Artis

Yasin Sulaiman Didakwa Kes Berkaitan Dadah, Kirim Salam Pada Syed Saddiq

Penyanyi nasyid dan juga komposer terkenal, Yasin Sulaiman hari ini dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah.

BACA: Tenang Pertuduhan Dibacakan, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

IKLAN

Penyanyi itu dilaporkan akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret serta Sesyen.

Menerusi satu rakaman video pendek yang dimuat naik Bernama, Yasin dilihat memakai baju hitam tiba di mahkamah sambil diiringi anggota polis.

Dalam video berdurasi 14 saat itu, kedengaran Yasin memberikan salam kepada pihak media. Dia juga meminta agar menyampaikan salam kepada YB Syed Saddiq, memohon segerakan kelulusan kanabis untuk tujuan perubatan.

Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila ini ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di rumahnya yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

Hasil siasatan pihak polis menemui 17 pokok dalam pasu dipercayai ganja, plastik berisi ketulan mampat daun kering seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Kredit: Harian Metro | Bernama | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas