Connect with us

Oh! Media

Tular Video Makan Durian, Caprice Luah Rasa Kecewa Terhadap Wakil Rakyat

Oh! Artis

Tular Video Makan Durian, Caprice Luah Rasa Kecewa Terhadap Wakil Rakyat

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video berdurasi 13 saat memaparkan seorang wakil rakyat dan sekumpulan individu berkumpul bersama dalam satu tempat dipercayai di sebuah kebun di Batu Pahat, Johor.

ADVERTISEMENT

Perkara itu mendapat perhatian daripada penyanyi rap Malaysia, Caprice yang meluah rasa kesalnya di laman Instagram miliknya berkenaan wakil rakyat bersama sekumpulan individu yang melanggar prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarkan video yang tular itu.

Berdasarkan hantaran miliknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli, 32, mempersoalkan mengapa seorang wakil rakyat sanggup berbuat demikian dikala negara sedang menghadapi virus pandemik.

Caprice tak pahamlah apa yang terjadi kepada pemimpin islam kita hari ini, macam mana wakil rakyat tak boleh paham beban rakyat.

Hari ini ada banyak rakyat yang sedang terdesak dan ada yang sampai terfikir nak bunuh diri, ada yang tak ada kerja dan ada yang tiada duit.

Caprice yang kelihatan kesal dengan tindakan wakil rakyat tersebut mengatakan bahawa beliau bukan ingin mempertikaikan kerajaan, malah Caprice hanya ingin menggunakan platfrom media sosial untuk memberikan kesedaran kepada mereka.

Sambil korang makan durian, ada rakyat Malaysia yang tak boleh makan langsung.

Rata-rata netizen pada ruangan komen di Instagram milik Caprice menyokong luahan hati penyanyi rap itu dan juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap wakil rakyat tersebut.

Kredit: Capriceofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top