Oh! Artis
“Tolong Ada Orang Serang Saya! Yang Korang Kata Lembut?” – Individu Dedah Mesej Dihantar Bekas Isteri Nubhan
Syamim Razi tampil dedah mesej bekas isteri Nubhan, Dr. Fie dan dakwa dirinya diserang.
Konflik di antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah nampaknya semakin panas apabila timbul campur tangan pihak luar.
BACA: “Inikah Caramu Melukai Ku? Aku Ibu Kepada Anak-Anakmu” – Dr. Fie Merayu Kepada Nubhan
Terbaru, tular pula perkongsian pelakon Syamim Razi mengenai mesej yang dihantar Dr. Afifah kepadanya.
Individu bertengkar mulut dengan isteri Nubhan

Dalam mesej itu, mereka dilihat berperang mulut untuk mempertahankan diri masing-masing. Dr. Fie juga tegas menyatakan dia mempunyai hak terhadap Nubhan termasuk harta bendanya memandangkan dia seorang isteri dan telah melahirkan tiga zuriat untuk Nubhan.


Namun, berlaku provokasi di antara Syamim dan Dr. Fie sehingga Syamim mempersoalkan peribadi Dr. Fie yang netizen anggap lemah lembut, tetapi realiti sebaliknya.

Syamim turut mempersoalkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ibunya yang didakwa menjadi punca rumah tangga penyanyi itu musnah.
Dedah Dr. Fie mohin maaf

Kalau betul mak aku orang ketiga, kenapa dia datang minta maaf pada aku? Cuma sis cuba jadi Amber Heard.
Tidak berhenti di situ, Syamim turut menulis beberapa kenyataan lain antaranya:
Kalau betul aku orang luar tak patut nak masuk campur, siapa korang untuk komen dan jadi netizen? Korang boleh bising, aku tak boleh? Macam tu pulakkkk.
Dalam satu lagi hantaran lagi, Syamim meluahkan rasa kecewa apabila terus diserang netizen selepas memuat naik kenyataan mengenai isu tersebut.
Bagaimanapun, selepas menerima kecaman susulan penggunaan perkataan “dajjal”, Syamim tampil menjelaskan maksud sebenar.
Aku bukan panggil orang dajjal, aku cakap macam mana nak berhadapan dengan dajjal.
Sebelum ini, Syamim sudah tampil menafikan bahawa ibunya menjadi punca perceraian antara Nubhan dan Dr. Fie.
Dia turut menjelaskan bahawa keluarganya tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan peribadi pasangan itu, malah sudah membuat laporan polis bagi membersihkan nama mereka daripada fitnah.
Dr. Fie jelaskan Syamim hanyalah jiran Nubhan
Dr. Fie pula menjelaskan, Syamim dan ibunya hanyalah jiran kepada Nubhan namun bertindak lebih sudu daripada kuah.


Pssttt! Apa pun, bila hal rumah tangga dah melibatkan orang luar dan tular di media sosial, memang susah nak kawal pandangan orang. Masing-masing ada versi cerita sendiri, apa-apa pun diharapkan mereka dapat berdamai dengan baik.
Kredit: Instagram Syamim Razi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM