Connect with us

Oh! Media

“This Is Misleading Harith”, Ini Respon Ketua Imigresen Malaysia Tentang Lawak 2 Kaunter Buka Di KLIA

harith iskander

Oh! Artis

“This Is Misleading Harith”, Ini Respon Ketua Imigresen Malaysia Tentang Lawak 2 Kaunter Buka Di KLIA

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander baru-baru ini ada ditegur Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berikutan klip video persembahan lawaknya yang dimuat naik olehnya di laman Twitter.

ADVERTISEMENT

Dalam klip video persembahan ‘stand up’ komedinya itu, Harith membincangkan secara sinis mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura.

Kata Harith, servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun Malaysia hanya buka 2 kaunter sahaja walaupun mempunyai bilangan yang sama.

Sehubungan itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith itu dengan menulis ‘Misleading’ atau bermaksud maklumat yang salah.

Ia juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengambil peluang untuk menceritakan pengalaman mereka berurusan di kaunter-kaunter yang terdapat di lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada Harith agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak dalam setiap persembahannya kerana mungkin dapat mencemarkan nama mana-mana pihak dan juga orang ramai.

Dalam pada itu ada juga yang memberikan bukti bahawa Singapura berada di belakang Malaysia dalam World’s Best Airport Immigration Service 2021. Malaysia dilihat berada di kedudukan tempat ke-4 berbanding Singapore Changi yang di kedudukan ke-5.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas