Connect with us

Oh! Media

Haqiem Rusli Terima Jumlah Undian Tertinggi Dalam Sejarah ABPBH

Oh! Artis

Haqiem Rusli Terima Jumlah Undian Tertinggi Dalam Sejarah ABPBH

Walaupun banyak menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Anugerah Bintang Popular BH 33 (ABPBH) dikatakan tetap berlansung seperti yang telah dijadualkan. 

ADVERTISEMENT

Menariknya pada tahun ini, malam kemuncak ABPBH 33 telah berjaya merekodkan sebanyak enam juta penonton walaupun berlansung dengan penerapan norma baharu dan mengikut SOP.

Mengikut data Nielsen Malaysia, ABPBH 33 yang telah mengangkat Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular, berjaya merekodkan 43 peratus syer penonton semasa bersiaran, dan berjaya mendahului program lain yang ditayangkan pada waktu sama.

ABPBH 33 juga turut mencatat peningkatan sebanyak 200,000 penonton, berbanding ABPBH 32.

Selain pencapaian rating televisyen (TV), ABPBH 33 yang juga dibawakan oleh Xiaomi, telah meraih peningkatan jumlah tontonan di strim langsung YouTube TV3 Malaysia dengan menjana 700,000 tontonan, iaitu 104,000 tontonan lebih tinggi berbanding ABPBH 32.

Haqiem Rusli dikatakan telah berjaya meraih trofi dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dan kategori online, Lagu Paling Boom Popular bagi single Lembah Kesepian.

Haqiem juga telah berjaya mengumpul sebanyak 22,332,676 undian peminat dan dengan itu dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

Undian yang diterima Haqiem itu juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah penganjuran ABPBH.

Dengan kemenangan itu, dia menerima hadiah utama kereta Nissan LEAF, bernilai RM181,263 dan trofi.

BACA: “Jangan Lah Kecam, Kami Nak Cari Rezeki” – Penerbit Eksekutif ABPBH

Memang betul-betul meningkat jumlah penonton dan undian pada ABPBH kali ni walaupun ramai yang kurang bersetuju jika ABPBH ke-33 dijalankan. Anyway, tahniah juga diucapkapkan kepada semua pemenang pada malam itu!

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas