Connect with us

Oh! Media

“Tarian Yang Menggairahkan Seperti Tarian Lucah, Maaf Ia Sungguh Memalukan” Ustazah Asma’ Harun

Oh! Artis

“Tarian Yang Menggairahkan Seperti Tarian Lucah, Maaf Ia Sungguh Memalukan” Ustazah Asma’ Harun

Baru je selesai isu suami suka bau ketiak, sekarang timbul pula isu baru mengaitkan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang kali ini menyentuk berkenaan muzik video lagu terbarunya.

ADVERTISEMENT

Ayda Jebat yang baru sahaja melancarkan muzik video terbaru bertajuk Parah Parah di Youtube sudah mendapat lebih 1 juta tontonan sehingga menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Ustazah Asma’ memberikan teguran lembut dengan penuh penerangan dan pengajaran itu di Facebook miliknya setelah melihat sendiri muzik video yang baginya agak keterlaluan. Ikuti perkongsian Ustazah Asma’

Buat adinda artis yang dihormati dan dikasihi

Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di Page Rasmi beliau. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya.

Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.

Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!

Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnah Akhir Zaman.

Ustazah Asma’ turut berpendapat pencapaian Top 10 tontonan di Youtube tidak seharusnya dibanggakan kerana kita tak sepatutnya bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka. Apatah lagi bila ia boleh menjatuhkan wanita Islam.

Ustazah Asma’ dengan rendah hati turut meminta maaf kerana melakukan teguran secara terbuka dan masih membuat sangkaan baik terhadap Ayda Jebat.

Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkritik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.

Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan.

Di akhir penulisannya, Ustazah Asma’ turut menyeru semua artis tanah air untuk jadikan hiburang sebagai tanggungjawab yang berat dan tidak menyumbang kepada kerosakan.

Mohon duhai semua artis tanah air, atas tiket apapun, pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dll. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini. Hentikan persembahan atau pertandingan maksiat, berunsur lucah dan menjatuhkan maruah.

Semoga dengan perkongsian ini dapat menyedarkan kita dari terus terleka dengan hiburan yang menyesatkan.

Kredit: Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas