Connect with us

Oh! Media

Tanya Status DSV Di Live IG, Netizen Tegur Cik B ‘Biadap’ Dengan Ibu

Oh! Artis

Tanya Status DSV Di Live IG, Netizen Tegur Cik B ‘Biadap’ Dengan Ibu

Umum mengetahui, peredaran berita tentang Ushawan kosmetik, Dato’ Seri Vida (DSV) dengan Ahmad Iqbal dilihat semakin reda dan seakan-akan menemui titik noktah.

ADVERTISEMENT

BACA: Buat Parodi Kisah Cik B Dan DSV, Telatah Sherry Dan Nabil Bikin Netizen Terhibur

Namun, isu membabitkan anak kepada DSV yang dikenali sebagai Cik B dilihat masih belum reda dan masih menjadi persoalan.

Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen pernah meluahkan perasaan tidak puas hatinya melihat hubungan ibunya dengan usahawan Iqbal yang dikatakan terlalu muda.

Ketika disoal wartawan, dia tidak merestui hubungan ibunya itu dan menganggap dirinya tidak bersedia untuk mendapatkan seorang ayah baharu.

Cik B tanya status ibu dengan ‘si dia’

Terbaharu, DSV dilihat telah melakukan Instagram (IG) Live bersama anaknya selain turut ditanya akan status terkini dirinya.

Perbualan itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @onell_81 memaparkan Cik B ditemani oleh seorang wanita.

Menerusi video tersebut, pertanyaan yang disertakan dengan gelak ketawa itu membuatkan DSV tidak selesa dan hanya mampu berdiam diri.

Keadaan rangkaian internet milik usahawan itu dilihat kurang baik sehingga memaksa Cik B untuk mengulangi pertanyaannya itu.

Bertindak dengan soalan itu, DSV telah menegur anaknya dan meminta mereka menyambung perbualan topik tersebut di luar rakaman.

Difahamkan, DSV yang seakan-akan ingin menamatkan segera perbualan itu ingin bertemu dengan anaknya secara Face to face bagi membincangkan isu tersebut.

Netizen tegur cara percakapan Cik B

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menegur cara percakapan Cik B dengan ibunya yang disifatkan sebagai kurang ajar dan tidak menghormatinya.

Selain menegur Cik B, mereka juga turut bersimpati kepada usahawan itu yang kehilangan kata-kata selain menyatakan remaja berusia 16 tahun itu tidak patut bertanyakan soalan itu kepada umum.

Setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih daripada 400,000 tontonan serta mendapat 30,300 tanda suka.

Kredit: TikTok @onell_81

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas