
Oh! Artis
Tampil Dengan Kerusi Roda, Netizen Spekulasi Neelofa Sedang Hamil
Oleh
Semalam, tular di media sosial video usahawan selebriti, Neelofa duduk atas sebuah kerusi roda dan ditolak oleh suaminya, PU Riz di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
BACA: Neelofa Ditegur Tampil Dengan Imej ‘Skirt’, “Jagalah Penampilan Sebagai Wanita Berniqab”
Dikhabarkan pasangan itu ke Brunei atas urusan perniagaan. Namun, ada desas desus yang mengatakan Neelofa sedang hamil kerana telah tampil duduk atas kerusi roda, eh yeke?
Sedang hamil?
Kemunculan Neelofa berkerusi roda itu telah mencetuskan tanda tanya mengenai status kesihatannya. Malah ada juga segelintir daripada netizen yang membuat spekulasi bahawa pengacara dan usahawan itu sedang hamil anak yang kedua.

Walau apapun status kesihatan Neelofa, kita doakan yang baik-baik sahaja ya.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
