Connect with us

Oh! Media

“Tak Apalah, Saya Cari Nafkah Sendiri” – Datin Red Faham Keadaan Datuk Red 

datin red

Oh! Artis

“Tak Apalah, Saya Cari Nafkah Sendiri” – Datin Red Faham Keadaan Datuk Red 

Sebelum ini kami melaporkan yang Datuk Red telah sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

ADVERTISEMENT

Bekas isteri Datuk Red itu tidak akan menuntut nafkah idah dan mutaah melalui perjanjian yang dibuat.

BACADatuk Red Kini Duda, Sah Cerai Isteri Pertama Dengan Talak Satu 

Menurut laporan Astro Gempak, Datin Red buat keputusan itu kerana memahami keadaan bekas suaminya itu ketika ini.

Sebab saya tahu dia muflis. Tak apalah saya cari nafkah sendiri sahaja untuk anak-anak saya. Itu saja saya nak cakap. Saya tak nak menyusahkan dia dan saya menyokong dia.

Bukan tu jer, Datin Red juga berkata yang hubungan dia berkata bekas suaminya itu akan kekal baik-baik saja seperti sebelum ini. 

Saya tahu dia tidak sekejam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik dan bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik sahaja.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas