Connect with us
kamal adli kena pukul

Oh! Artis

Suspek Kes Pukul Kamal Adli Diperintah Jalani Ujian Psikiatri

Pelakon dan usahawan, Kamal Adli mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dipukul seorang lelaki tak dikenali ketika menghadiri satu acara di Singapura, malam Ahad lalu.

BACA: Penyerang Kamal Adli Dakwa Dihantar Pihak Lain, Uqasha Senrose Cerita Apa Berlaku Sebenarnya

IKLAN

Hari ini, suspek yang berusia 33 tahun didakwa di mahkamah di atas pertuduhan terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya..

Suspek kes pukul Kamal Adli direman 2 minggu

kamal adli dipukul

Dalam prosiding yang berlangsung, hakim Mahkamah Singapura Terence Tay memerintahkan lelaki tersebut direman selama dua minggu untuk menjalani ujian psikiatri.

Memetik laporan mStar, tertuduh, Muhammad Nabil Rasid akan direman di Institut Kesihatan Mental untuk pemeriksaan sebagaimana yang dimohon pihak pendakwa raya.

Perbicaraan kes akan disambung pada 28 Mac ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas