Connect with us
miera liyana

Oh! Artis

Suami Miera Liyana Sah Bercerai Talak Satu Dengan Isteri Pertama, Adibah Pula Masih Terkejut

Rosland Othman, suami kepada pelakon wanita, Miera Liyana akhirnya sah bercerai dengan isteri pertamanya, Adibah Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Isteri pertama kepada Rosland itu bagaimanapun tidak mahu ditemu bual dan memberikan apa-apa komen kerana masih terkejut dengan keputusan Rosland kata peguamnya.

IKLAN

Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberikan komen. Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini.

Rosland turut menolak untuk memberikan sebarang komen sebaik sahaja keluar dari dewan bicara mahkamah.

Rosland bagaimanapun memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan isteri pertamanya selepas mengeluarkan kenyataan berhubung perkahwinan keduanya.

Rosland sebelum ini memfailkan cerai pada 7 April lalu. Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Rosland kemudian bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan memiliki seorang cahaya mata.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas