Connect with us

Oh! Artis

Suami Fail Cerai Ketika Tengah Buat Konsert Di Kuala Lumpur, Rossa Akhirnya Buka Mulut

Penyanyi terkenal dengan lagu ‘Hati Yang Kau Sakiti’ baru-baru ini telah membuka mulut tentang penceraiannya dengan bekas suami.

Sudah hampir 15 tahun berpisah, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, menceritakan tentang penceraiannya di sebuah podcast bersama Denny Sumargo.

IKLAN
rossa

Rossa berkata, dia dimaklumkan bakal diceraikan ketika dia sedang membuat persiapan diri di bilik mekap sebelum tampil di pentas dalam sebuah konsert yang diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam temubual tersebut Rossa menceritakan ketika dia sedang disolek, peguam datang menghampirinya dan memberitahu bahawa surat penceraian sudah sampai ke mahkamah.

Selepas mengetahui hal tersebut, Rossa tetap meneruskan konsertnya dan ketika sedang menyampaikan lagu ‘Hati Yang Kau Sakiti’ Rossa menangis kerana mengingatkan perkara itu.

Walaubagaimanapun, hubungan Rossa dan bekas suaminya, Yoyo semakin baik. Mereka juga mempunyai anak tunggal, Rizky Langit Ramadan yang berusia 18 tahun.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2009, dan pada ketika itu anaknya juga masih kecil.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas