Connect with us
bunga citra lestari

Oh! Artis

Suami Bunga Citra Lestari Ditahan Polis Di Jakarta, Tiko Sahkan Isteri Tiada Kaitan

Suami kepada penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari, Tiko Aryawardhana telah ditahan di Balai Polis Jakart Selatan bagi memberi keterangan mengenai kes penyelewengan wang syarikat.

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, AKBP Bintoro memaklumkan bahawa pihaknya sudah melaksanakan pemeriksaan lanjut terhadap Tiko.

IKLAN

Sementara itu, Tiko yang ditemui media menegaskan bahawa kes berkenaan tiada kena mengena dengan isteri tersayang, Bunga Citra Lestari.

Alhamdulillah sudah selesai beri keterangan. Saya ingin ingatkan ini masalah dengan bekas isteri saya. Tiada kaitan dengan BCL.

Terdahulu, Tiko didakwa dengan pertuduhan menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta yang dilakukan antara 2015 hingga 2021 oleh bekas isterinya. Arina Winarto.

BACA: Suami BCL, Tiko Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Bersama Bekas Isteri RM1.7 Juta

Tiko dan bekas isterinya, Arina Winarto bercerai pada Oktober 2021 setelah 7 tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

bunga citra lestari

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas