Connect with us

Oh! Artis

“Staff Songlap Duit I Ada La” – Intan Najuwa Bersuara Lepas Didakwa Tak Bayar Gaji Staf

Semalam baru je pelakon, Intan Najuwa berkongsi berita kehamilan pertamanya dengan peminat. Tiba-tiba muncul pula seorang individu mendakwa pelakon tersebut tak bayar gaji pekerja di ruangan komennya.

Tak berdiam diri, Intan tampil menjelaskan dakwaan tersebut dengan menegaskan dia tak pernah terlepas membayar gaji pekerja.

IKLAN

Tambahnya, dia hanya memberhentikan pekerja jika mereka tak buat kerja sahaja dan tertanya-tanya siapakah individu tersebut.

Staf songlap duit I ada la. Staf curi duit I dari ATM pun ada.

Cuma kita ni malas nak berdendam, tak report polis pun. Yang makan gaji buta pun ada. Staf yang buat kerja macam budak tadika, lepas itu tiba-tiba demand macam-macam pun ada.

Intan juga berkata dia tidak mengenali individu tersebut dan tak takut kerana ramai pekerjanya yang membuat masalah.

Mess with me and you will regret it

Dalam hantaran tersebut, pelakon itu juga menjelaskan tak berhutang dengan sesiapa dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya dengan memberi bonus.

So kalau setakat nak burukkan nama saya, beringat sikit. Mess with me and you will regret it.

BACA: Intan Najuwa Umum Hamil Anak Sulung, Foto ‘Baby Bump’ Tarik Perhatian

Susulan daripada fitnah itu, Intan difahamkan telah mengambil tindakan undang-undang kepada individu tersebut selepas memberikannya tempoh untuk tampil bertemu dengannya

Dah proceed. Nak suruh dia confront slow sangat. See you when I see you.

Macam-macamlah orang sekarang ni. Kalau tak suka artis mana-mana pun, janganlah sampai nak memfitnah macam ni. Apapun, semoga individu tersebut indaf lah ye lepas ni.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas