Connect with us
aliff syukri

Oh! Artis

SKMM Akan Panggil Individu Terlibat MV Lagu Raya Cetuskan Kemarahan Umat Islam Esok

Baru jer siang tadi Ohmedia ada kongsi tentang teguran dari Menteri Agama Islam dan sekarang pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula akan ambil tindakan.

BACA: “Jauh Daripada Ajaran Islam”,- Menteri Agama Islam Minta Ahli Perniagaan Tarik Balik MV Lagu Raya

IKLAN

Ini berikutan tentang isu klip video muzik lagu raya milik usahawan kosmetik, Aliff Syukri yang menaikkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa apabila notis telah diberikan kepada mereka yang meminta hadir ke pejabat SKMM pagi esok.

SKMM telah teliti di peringkat awalan dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan mungkin itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penari dengan penampilan lembut cetus kemarahan!

Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung klip video itu.

Kandungan video itu juga dirasakan mempunyai unsur bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara kita dan tindakan perlu diambil.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas