Connect with us
shuib

Oh! Artis

Shuib Ubi Mohon Maaf, Akui Silap Kongsi Aib Sendiri Sedangkan Allah Jaga

Pelawak terkenal, Shuib Ubi tampil membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam susulan menceritakan kisah aib dirinya sendiri yang pernah bermain judi suatu ketika dahulu.

Kata Shuib, biarpun perkongsiaan tersebut dilakukan untuk beri pengajaran kepada orang ramai tetapi dia sedar kisah aib sendiri tidak elok didedahkan.

IKLAN

Shuib Ubi tidak mahu besarkan lagi hal ini…

Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya.

Bagaimanapun, Shuib berharap agar orang menonton video itu hingga habis sebelum menghukumnya.

Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.

Bahkan, Shuib berkata pada awal video tersebut, pihak mereka sudah meletakkan ‘peringatan’ supaya tidak mengikut gejala terbabit dan perkongsiaan yang dibuat hanyalah sekadar pengajaran.

Mungkin cara penyampaian untuk memberikan pengajaran tu boleh dilakukan lebih baik. Ini kerana sebahagian orang akan mendengar bahagian yang boleh menguntungkan mereka yang akhirnya orang ini akan mencuba nasib untuk membuat sesuatu yang tidak baik.

shuib

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas