Connect with us
kak km

Oh! Artis

“Seksi Itu Memang Dah Tak Ada..” – Kak KM

Kak KM oh! Kak KM… Sejuk rasanya bila tengok penampilan Kak KM macam ni. Apapun, usahawan Liana Rosli meminta agar netizen tidak meletakkan harapan terlalu tinggi ke atas dirinya untuk menutup aurat sepenuhnya.

Perkara itu dikongsikan Kak KM di mana dia menerima ribuan mesej yang mengharapkan agar dia terus bertudung selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

IKLAN

Kak KM akui masih belum ada rasa untuk bertudung tapi…

Memang beribu-ribu saya dapat komen fasal umrah. Mereka nak tengok saya pakai tudung ke tak.

Jangan letak harapan terlalu tinggi, saya bukan ustazah. Saya hanya orang biasa dan saya belum dapat lagi rasa nak pakai tudung. InsyaAllah akan sampai satu masa berhijab tapi buat masa ni memang belum lagi.

Kata Kak KM lagi, dia tidak mahu memakai tudung hanya kerana dipaksa orang lain yang akhirnya membuatkan dirinya kembali membuka tudung nanti.

Kongsinya, biarlah niat untuk bertudung itu ikhlas dan datang dari hatinya sendiri tanpa sebarang tekanan. Apapun, Kak KM berkata dia akan berusaha untuk menjaga pemakaian yang lebih sopan.

Mungkin saya akan jaga pemakaian, seksi itu memang InsyaAllah dah tak ada. Kalau pakai baju apa-apa kena pakai cover seperti jaket. Ini perkara pertama yang saya akan cuba buat dulu.

Alhamdulillah, biar perlahan asalkan ada perubahan yang baik setiap hari dalam hidup kita. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Kak KM sekeluarga.

kak km

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas