Connect with us

Oh! Media

“Saya Mohon Maaf Kepada Isteri Pertama Jika Gurauan Menyakitkan Hati” – Janna Nick

Oh! Artis

“Saya Mohon Maaf Kepada Isteri Pertama Jika Gurauan Menyakitkan Hati” – Janna Nick

Pengacara program Famili Duo, Janna Nick menafikan dakwaan menjadi punca kepada pergaduhan dua isteri bekas jurulatih Liga Super.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran di Instagram, Janna berkata, dia boleh terima jika dikritik netizen, namun kecewa apabila dituduh secara membabi buta oleh seorang pelakon senior seolah-olah dia sengaja mencetuskan kontroversi.

BACA: “Sendiri Cari Pasal Sendiri Cuak” – Tanya Soalan Panas, Janna Nick Diserang Netizen Didakwa Jadi Punca Gaduh

Dalam hantaran itu, dia menjelaskan cuba untuk tak endahkan hal tu tapi terpaksa mempertahankan diri selepas dirinya jadi tumpuan media.

Kata Janna, dia tak tahu langsung mengenai wujudnya isteri pertama dan masalah rumahtangga yang dihadapi adik Ayda Jebat itu.

Saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama dan masalah rumahtangga yang dilalui mereka. Konon saya pulak punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut.

Penyanyi lagu Gatal ini berharap dirinya tak lagi dikaitkan dan secara terbuka memohon maaf kepada isteri pertama jika gurauan mengguris hati beliau.

Sebagai pengacara, Janna mengaku kekurangan dirinya dan turut menyertakan screenshot skrip di mana dia diminta bertanya soalan kepada peserta Famili Duo.

Kredit: Instagram Janna Nick

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas