Connect with us

Oh! Artis

“Saya Mahu Fokus Pada Diri Dan Anak-Anak” – Mawar Tidak Terfikir Untuk Cari Pengganti

Pada bulan November tahun lalu pelakon Mawar Rashid dan Raf Yakoob telah mengambil keputusan untuk berpisah. Mawar Rashid memberitahu dia belum terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini.

Menerusi laporan mStar, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid berkata, dia kini mahu fokus pada diri sendiri dan juga anak-anak sahaja.

IKLAN

Fasal jodoh apa yang boleh saya cakap, yang pertama sekali itu bukan fokus saya sekarang. Saya hanya mahu fokus pada diri dan anak-anak.

Tapi saya tidak mahu cakap apa-apa yang tidak baik tentang jodoh kerana kata-kata itu satu doa.

Mawar berkata dia menyerahkan segalanya tentang jodoh kepada Allah SWT.

mawar

Pada masa sekarang, dia hanya mahu menjaga kesihatan mental dan fizikal supaya dapat menjaga anak-anak dengan baik.

Walaupun sudah bercerai, tetapi Mawar dan bekas suaminya masih mempunyai hubungan yang baik dan mereka juga bergilir-gilir untuk menjaga anak-anak.

Buat masa ini kami bergilir-gilir menjaga anak-anak. Pada hari biasa mereka akan bersama saya dan hari minggu anak-anak akan dijaga oleh bekas suami.

Mawar juga berkata, dia menginginkan anak-anaknya dibesarkan dalam persekitaran yang baik.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas